PAGES

Saturday, July 20, 2013

Homemade Kimchi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kimchi. Salah satu makanan Korea yang saya teringin sangat nak cuba. Bila Tun tempekkan hasil kimchinya, terus berkobar2 semangat saya nak mencuba. Apa lagi, dengan menggunakan bahan yang ada, maka terhasillah kimchi saya yang tak seberapa ni. 


Kata kawan saya yang pernah makan kimchi di Korea, dah lebih kurang sama cuma tak terasa halia sebab saya tak ada pulak halia di rumah masa membuatnya tu. Bila saya makan, rasa jugak macam pelik. Iyalah, bukan makanan kita kan, sah2 nak kena sesuaikan diri dulu. Kiranya kalau sekadar nak makan lepaskan kempunan bolah la, kalau saja2 nak makan tiap2 hari tak dapat jugak tekak ni nak menelannya.

Penggunaan kobis Cina Cameron mungkin la tak menyamai kobis napa, tetapi itulah alternatif yang terbaik dapat saya fikirkan. Kalau yang suka lobak putih, boleh juga mencampurkannya dengan kimchi ni tapi saya tak berapa suka dengan rasa maungnya tu.


Terima kasih pada yang berkongsi resepi dan Tun yang berjaya menggoda...

KIMCHI
Resepi : Kak Zanita Ramli
Sumber: Kak Sheila, Tun Telani

Bahan-bahan:
1 lb kobis napa yang dicuci dan dihiris saya guna 1/2 biji kobis Cina Cameron
1/4 cawan garam himalaya atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
1/2 biji pear dibuang kulit
1/2 biji epal dibuang kulit
1 bawang besar saiz kecil
3 tangkai daun bawang yang dipotong
1 tbsp bawang putih yang dicincang
1 tbsp halia yang dicincang
4 tbsp serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
3 tbsp air rebusan ikan bilis ( 3 tbsp ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)
Di dalamnya juga saya tambahkan korean red pepper paste sebanyak 2 sb
 
Cara-caranya:
Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
Kisar pear, epal dan bawang tanpa air
Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis kedalam mangkuk bahan2 yang dikisar dan gaul rata.
Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.


********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

5 comments:

  1. Ohhh.... macam itu ye. Kakak tak pernah buat. Baru tahu hari ini sebab tak pernah terfikir nak membuatnya..

    ReplyDelete
  2. Assalam sue, rasanya tak buat kut kat umah akk ni, kalo buat pun akk je yg mkn, terima kasih atas perkongsian cerita , kimchi sangat menarik namanya,

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat pn sebelum ni. nak senang, makan acar limau jala. takpun acar buah. heheehhehhehe dasar pemalas :D

    ReplyDelete
  4. Tak pernah rasa dan nak buat lagi laaa tak tahu..
    sedap yee,,,

    ReplyDelete
  5. Cheq sue..nak kopipes resepi ye

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]