PAGES

Friday, August 30, 2013

Resepi Ayam Sos Lada Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila cerita tentang lauk ayam yang kita masak seharian, saya percaya kebanyakan kita dah habis idea tentang bagaimana mahu memasaknya. Saya sendiri pun kadang-kadang tak tahu nak masak apa walaupun hanya untuk di makan sendiri. Kalau ada suami dan anak-anak lagilah pening nak menyediakannya. Tentulah saja kita tidak mahu menyediakan juadah yang sama. Asyik-asyik tomyam, atau ayam goreng..sesekali kita masaklah lain sikit....

Baru-baru ni ketika nak masak untuk berbuka, saya fikir-fikir la nak masak apa. Dalam dok belek perencah segera yang ada, saya terjumpa rempah campuran lada hitam MAGGI. Jadi, terus je datang idea untuk mencampurkannya dalam masakan. Selalunya kalau masak saya suka mencampurkan dengan sayur, kiranya dah tak perlu masak sayur berasingan. Saya ni suka jugak kalau makan nasi ada sayur...kalau tak ada macam pelik la pulak.

Buat yang nak mencuba, saya tuliskan resepi di bawah ini ya...


AYAM SOS LADA HITAM  
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
4 ketul ayam - cincang kecil, garam kunyitkan. Goreng hingga agak garing.
1 biji ubi kentang - potong dadu, goreng
1/2 biji bawang besar - mayang kasar
2 bawang putih - ketuk
Sedikit halia - mayang
Bunga kobis
Lobak merah
2 sb serbuk  perencah berlada hitam MAGGI (black pepper mix MAGGI)
Air
Kicap manis
Minyak

Cara membuatnya :
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi
Tambahkan sedikit air, masukkan serbuk perencah lada hitam MAGGI. Masukkan pula kobis bunga dan lobak merah. Kalau nak berkuah, lebihkan air.
Masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tambahkan sedikit kicap.

Catatan : 
Saya tak masukkan garam kerana rasa macam dah masin (Puasa, malas nak rasa). Kalau kata kurang masin (tambah sedikit garam) atau termasin (tambahkan sedikit air)

Thursday, August 29, 2013

Kheng Som @ Asam Pedas Thai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar semua? Di sini suram je hari ni, dingin dan masih sejuk sejak kebelakangan. Sesuai kalau sapa yang nak datang berkunjung melancong bersama keluarga. Heeeee... promote siap!

Saya buat asam pedas Thai ni buat berbuka minggu lepas. Dah jemu agaknya makan yang goreng2, yang bersambal, jadi saya cuba la resepi yang dikongsikan oleh Yana. Memang sedap, rugi kalau tak cuba buat. Saya memang dah lama teringin nak buat. Jadi belek2 resepi tengok senang sesangat cuba ajelah. Saya agak bahan2nya untuk seekor ikan sebesar 3 jari. Kalau tengok kheng som ni agak berbeza sikit dari asam pedas biasa... lebih authentic gitu. Wanginya pun lain...ada bau-bau Thai food sikit T_T


Cuma tak tahulah kepala ni dok pikir apa, terlupa nak masukkan asam keping, jadi agak kurang masam sikitlah. Asam pedas ni kalau tak masam memang la kurang kick kan... Next time memang kena alert lagi la bila tengok resepi.

Kalau sesiapa yang nak rasa kelainan boleh la cuba buat resepi ni. InsyaAllah, pada saya memang sedap je. Lain kali boleh cuna dengan ikan patin pulak. Yang saya buat ni guna ikan talapia merah. Ikut kesukaan la nak gunakan ikan apa. Kalau ikan laut pun boleh juga agaknya.

Jadi saya copy semula resepinya di sini untuk rujukan akan datang. TQ Yana...


KENG SOM @ ASAM PEDAS THAI
Resepi : Yana

Bahan kisar:
1 labu bawang putih update : 1 labu bawang besar (maaf, copy dari blog...T_T). TQ Kak Besah
3 ulas bawang putih
5 batang serai
5-6 biji cili api ( ikut tahap kepedasan masing2 )
1 tangkai cili kering
1 inci kunyit
sedikit belacan

Bahan lain:
1 ekor ikan patin ( ikan lain pun boleh )
2-3 keping asam keping ( jus asam jawa pun bleh )
Daun kesum
Kangkung
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya 

CARA NAK BUAT :-
Masukkan air dalam periuk dan didihkan bersama bahan kisar selama 10 minit.
Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan ikan. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidihkan lagi.
Last masukkan sayur kangkung dan boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..

Wednesday, August 28, 2013

Mee Udang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama jugak saya pantang makan udang. Tapi sejak dua menjak ni saya tak nak dah pantang2...kalau ada rasa gatal2 tu nanti pandai la cari ubat kan? Yang geramnya dok cari udang saiz besar sikit, tapi tak ada pulak yang jual. Hanya ada saiz sederhana dan kecik2 aje. Kalau diikutkan tak masyuk sangat nak buat mee udang tapi dari dok mengidam je manjang saya pun jalankan aje projeknya. Kecik ke besar ke janji ada mee udang.

Bila cerita mee udang je, teringat masa ke Kuala Sepetang dulu, konon la nak cari Mee Udang Mak Jah tapi sampai ke balik tak jumpa. InsyaAllah satu hari nanti saya nak ke sana semula mencari mee udang yang menjadi sebutan ramai.



Berbalik pada mee udang yang saya buat ni, tak banyak pun. Hanya untuk seorang makan, tetapi itu pun dah terbanyak. Dengan berpandukan resepi dari K.Cik (MyR), ada bahan yang tertinggal agaknya iaitu sos cili dan sos tomato. Walaupun begitu Alhamdulillah menjadi jugak mee udangnya. Cuma macam yang saya bagitahu di atas tu lah, tak puas hati dengan udangnya yang semakin mengecil bila dah masak T_T

Saya copy semula resepinya di sini kot2 ada yang mahu mencuba.


MEE UDANG
Resepi : K.Cik @ MyR

Bahan-bahan ( 10 orang )
2 paket mee kuning - di celur
1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
1/2 ekor ayam

Bahan2 Utk Dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
8 - 10 tangkai cili kering

Cara-cara
Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

Monday, August 26, 2013

Kuah Kacang / Kuah Sate & Resepi Nasi Impit

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya seorang penggemar kuah kacang tetapi jarang sekali membuatnya. Sesekali kalau saya buat tu ada saja yang tak kena, selalu tak menjadi. Kalau saya nak buat di kampung, selalu mak saya akan gelak dan tanya pandai ke tidak. Cadangnya saya nak buat untuk Aidilfitri lalu tetapi memandangkan bapa saya ada gaot, saya biarkan dulu. Dan bersempena saya menyambut Raya 6, saya buatlah sikit untuk makan-makan dengan berpandukan resepi Mat Gebu. Kalau nak harapkan saya membuat resepi sendiri dengan 'mengagak' bahan-bahan, dulu lagi saya tak sanggup. T_T

Kebetulan pula, kacang tumbuk baki mee bandung masih ada, jadi projek kuah kacang dan nasi impit ni pun berjalanlah bermula jam 9 malam dan siap dalam pukul 11.30. Punya la semangat nak raya, semangat nak makan lebih la lagi.

Kuantiti kacang yang saya gunakan tak sampai 400g, jadi kuah ni agak cair sikit. Kalau tengok dalam gambar memang nampak macam cair tapi tak la cair sangat. Lepas tu mungkin kacang yang satu lagi saya guna tu dah agak lama dan baunya menjadi tengik. Kira tak berapa kick lah. Serai yang saya guna pulak jenis paha ayam dan memang agak kurang bau jika dibandingkan dengan serai yang agak 'kurus' sikit tu. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya suka sangat sebab kuah kacang ni menjadi, dan ada 'rupa'. Sedap pula di makan dengan nasi impit yang dibuat sendiri. Resepinya saya kongsikan di bawah ni. Buat Che Mat, terima kasih kerana berkongsikan resepi mudah ni.


KUAH KACANG @ KUAH SATE (RESEPI DTS)

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa gula saya masukkan 2 sudu besar
1500 ml air
Saya tambahkan gula nisse Kelantan 2 1/2 keping

 
BAHAN KISAR HALUS :-)
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan saya tak masukkan, tak ada stok
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


NASI IMPIT
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 cawan beras Siam
8 cawan air

Cara membuatnya :
Basuh beras seperti biasa
Masuk ke dalam periuk nasi dengan sukatan 1 beras : 4 air (gunalah sukatan yang disukai asalkan sepadan dengan saiz periuk nasi)
Bila nasi mula mendidih, sentiasa kacau dari masa ke masa untuk membolehkan nasi hancur.
Bila nasi sudah masak, teruskan mengacau sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Sekiranya nasi sudah betul-betul hancur, boleh nampak perbezaannya.
Semasa pindahkan ke bekas, tekan sedikit biar padat. Saya selalu guna plastik (balut tangan dengan tuala dan bungkus dengan plastik) untuk menekan nasi dalam bekas.

Catatan :
Kalau gunakan beras nasional atau tempatan, nisbahnya ialah 1 : 3
Untuk lebih wangi boleh masukkan sehelai daun pandan dan sedikit garam

Saturday, August 24, 2013

Air Jagung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ni merupakan hari sekolah ganti (cuti Aidilfitri). Punya la sejuk, rasa dah tak boleh fikir dah. Harapnya program hari ini berjalan lancar.

Alkisahnya air jagung ni saya buat dalam bulan puasa lepas. Memanjang aje lah n3 tertunggak CTS ni... Masa dah sampai di kampung, bila semua ada, banyak la sikit tukang minumnya. Saya nak buat di CH tak padan untuk makan sendiri je. Selalu air jagung ni bukanlah pilihan. Bukan kata tak minum, tapi jarang sangat minum. Setakat beli satu cup tu ada la jugak sekali dua. Kalau buat pun hanya campur jagung dengan susu, tak ada langkah2 bagai macam yang Kak Ita kongsikan ni.

Dengan berpandukan resepi yang diberi, saya buat dua bancuhan. Memang puas hatilah minum, sampai ke lepas terawih pun ada lagi. Dengan susu cair dan susu pekat, semua itu menambahkan lagi lemak manis pada air ni. Ditambah pula dengan biji jagung daripada jagung krim, ish sungguh asyik menikmatinya. Korang memang kena cuba ni tau!

Saya copy semula resepi di bawah ni untuk rujukan akan datang. TQ Kak Ita...


AIR JAGUNG 
Resepi : Kak Ita Masam Manis

Kordial Jagung Red Man secukupnya saya gunakan brand Double Lions
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis
 

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais. 


Friday, August 23, 2013

Order : Tat Nenas Raya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pertama kali dapat tempahan biskut raya. Dari kawan2 je pun yg dh lama mengidam nk makan tat nenas gulung. Untuk tidak menghampakan mereka...saya pun bersetuju sambil2 buat biskut raya sendiri saya buat la sekali tempahan ini. Tak la banyak..dalam 150 biji je. 


Buat yang menempah tu saya harap berpuashati la ya dengan tat yang diperoleh. Jika ada kekurangan minta halalkan. Untuk resepi saya masih mengekalkan resepi tat tulung sebelum ini.

Thursday, August 22, 2013

Sante Finger

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum kita terus ke n3 hari ni, takziah diucapkan kepada mangsa kemalangan ngeri (bas) yang terjunam ke dalam gaung Genting Highlands semalam. Al-Fatihah...

Sebenarnya saya tak rancang nak buat biskut ni. Walaupun tengok QH buat cantik sangat, tak berjaya menggoda saya untuk mencuba. Ewahhh...statement artis! Tapi oleh sebab ada lebihan coklat dulu-dulu, agaknya dah masuk angin kot. Bila saya nak cairkan untuk salut almond london, coklat tu tak mencair dengan elok, berketul-ketul gitu. Jadi saya teringatkan biskut ni yang menggunakan coklat cincang. Sebab tu saya buat jugak biskut ni, Alhamdulillah dapatlah menghabiskan baki coklat saya tu.

Cuma... cuma... saya tak buat macam QH tu, cantik memanjang dengan salutan coklat hijau. Bukan apa, saya ada jugak cuba buat bentuk bujur memanjang tu, tapi bila bakar eh macam mengembang la pulak biskutnya, bukan jadi panjang lonjong, dah jadi penyek lonjong. Hudoh bebenor ghupenye. Jadi saya ambil keputusan untuk terap menggunakan acuan bunga 3 kelopak dan lukiskan corak bunga dengan menggunakan coklat putih yang dicampurkan dengan pewarna merah jambu. Errr... minta halal ya tuan punya resepi. Di atasnya pula saya letakkan manik gula silver. Anak buah saya dua tiga kali tanya, boleh makan ke benda ni makcik??? *_*


Sejujurnya saya katakan biskut ni sedap. Cuma next time boleh kyurangkan sikit kandungan gulanya sebab bila dah masuk coklat, rasa manis sikit. Ini bergantunglah pada citarasa masing-masing ya. Seperti kata CH, biskut ni (tanpa salutan coklat) pun sedap di makan begitu sahaja. Krup krap dengan rangup coklat cincang. Tapi kan iya lah, kalau kita pun nak jugak letak bedak, letak lipstik, sama jugak dengan biskut ni. Kalau dihidang gitu je mana orang nak pandang. Bila dah corakkan coklat merah jambu tu nampak la lain sikit. Berseri2 gitu biskut anak dara. Uppss...propa!

Pada Kak Noor dan QH yang sama berkongsikan resepi biskut ni, terima kasih banyak-banyak ya. Sedap!!! Saya copy kan pula di sini untuk rujukan akan datang.



SANTE FINGER
Sumber resepi: Surimancookies
Olahan: Noor Qasieh
Sumber : Qasey Honey

Bahan2
1/2 cawan gula kastor
120gm dark coklat dicincang
1 sudu besar susu tepung
250gm butter 
1 tsp esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan tepung redrose saya guna tepung gandum
1/4 cawan almond kisar

Caranya:
butter dan gula pukul hingga kembang.
masukkan esen vanilla dan susu putar sekejap.
ayak tepung dan baking powder dan masuk tepung ke dalam mixer. Putar hingga sebati, kemudian masukkan serbuk almond.
akhir sekali masukkan coklat dan uli hingga sebati.
masukkan adunan kedalam piping bag dan tekan memanjang ikut size yang sesuai.
Bakar 180'C 15 hingga 20 minit mengikut oven masing masing.
sejukkan dan celup dark coklat compaun.
kemudian loretkan coklat putih compaun diatasnya. Biarkan hingga kering dan simpan dalam balang.

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~