PAGES

Friday, August 30, 2013

Resepi Ayam Sos Lada Hitam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila cerita tentang lauk ayam yang kita masak seharian, saya percaya kebanyakan kita dah habis idea tentang bagaimana mahu memasaknya. Saya sendiri pun kadang-kadang tak tahu nak masak apa walaupun hanya untuk di makan sendiri. Kalau ada suami dan anak-anak lagilah pening nak menyediakannya. Tentulah saja kita tidak mahu menyediakan juadah yang sama. Asyik-asyik tomyam, atau ayam goreng..sesekali kita masaklah lain sikit....

Baru-baru ni ketika nak masak untuk berbuka, saya fikir-fikir la nak masak apa. Dalam dok belek perencah segera yang ada, saya terjumpa rempah campuran lada hitam MAGGI. Jadi, terus je datang idea untuk mencampurkannya dalam masakan. Selalunya kalau masak saya suka mencampurkan dengan sayur, kiranya dah tak perlu masak sayur berasingan. Saya ni suka jugak kalau makan nasi ada sayur...kalau tak ada macam pelik la pulak.

Buat yang nak mencuba, saya tuliskan resepi di bawah ini ya...


AYAM SOS LADA HITAM  
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
4 ketul ayam - cincang kecil, garam kunyitkan. Goreng hingga agak garing.
1 biji ubi kentang - potong dadu, goreng
1/2 biji bawang besar - mayang kasar
2 bawang putih - ketuk
Sedikit halia - mayang
Bunga kobis
Lobak merah
2 sb serbuk  perencah berlada hitam MAGGI (black pepper mix MAGGI)
Air
Kicap manis
Minyak

Cara membuatnya :
Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi
Tambahkan sedikit air, masukkan serbuk perencah lada hitam MAGGI. Masukkan pula kobis bunga dan lobak merah. Kalau nak berkuah, lebihkan air.
Masak hingga mendidih. Masukkan ayam dan ubi kentang. Tambahkan sedikit kicap.

Catatan : 
Saya tak masukkan garam kerana rasa macam dah masin (Puasa, malas nak rasa). Kalau kata kurang masin (tambah sedikit garam) atau termasin (tambahkan sedikit air)

3 comments:

  1. sedapnya makan chicken black pepper tu..

    ReplyDelete
  2. kalau nak cepat..sos black pepper maggi tu mmg senang kan cheq sue..salam hari raya dari mieza..maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok tu Cheq Sue.. boleh cuba ni.. :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]