PAGES

Wednesday, August 21, 2013

Biskut Sangkar Cinta

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambung lagi tentang biskut raya 2013. Minta maaf la ya, tak habis2 lagi. Bukan apa, pada setiap biskut yang baru saya cuba, suka saya kongsikan di sini untuk memberi sedikit idea pada teman-teman. Jangan jemu ya... Seperti yang saya dah kata dalam n3 sebelumnya, tahun ni kebanyakan resepi biskut raya saya datang dari Dapur Tanpa Sempadan. Saya suka kerana susunan cara membuatnya teratur dan diterjemahkan dalam cara yang paling mudah.

Setiap tahun, saya memang buat biskut raya selain 'menunjuk' sejenis dua. Biasanya saya akan cuba resepi baharu selain resepi yang selalu saya dok guna. Dengan budak2 KL dan Terengganu tu...memasing suka mengangkut. Bila nak balik je bolehlah dibungkus sikit2 mana yang ada. Kalau nak harapkan tunjuk semuanya aduihhhh garu kepala la makcik. Bersembang dengan rakan serumah, katanya tahun ni berbelanja biskut raya saja hampir 1 ribu. Sesak napas saya mendengarnya. Kalau saya hitung, jumlah semua pembelia bahan untuk 9 jenis yang saya buat kosnya dalam RM300 - RM350 sahaja.


Biskut sangkar cinta ni dah lama saya dok ushar. Tengok dalam blog DTS, memang menggoda abes dengan labiu merah dan jaringan  coklat hitam putih, ibarat cinta tang terperangkap la katanya. Serius cakap, biskut ini adalah YANG TERSEDAP antara semua yang saya buat. Sungguh saya sukakan rasanya. Walaupun tidak menggunakan telur, tekstur biskutnya gebu dan rangup. Dengan kandungan kekacang di dalamnya, tak sedar sekeping2 dok masuk mulut. Yang menyedapkan biskut ini adalah serbuk kacang tanah, selain serbuk badam dan oat. Kalau siapa yang nak buat untuk makan saja2 sila la cuba resepi ni. Memang tak menyesal.

Bila melibatkan coklat putih dan hitam yang perlu dicorakkan atas sesuatu biskut, memang la kelihatan agak leceh sedikit. Dengan coklat cair yang agak panas, kena berhati2 bila memegangnya. Biskut yang sedap, tambah pulak dengan 2 jenis coklat ni lagiiiiiiiiiiiiiii la sedap. Dan insyaAllah saya akan buat lagi biskut ni. Bukan saja cantik, sedap tentunya.




BISKUT SANGKAR CINTA

BAHAN-BAHANNYA :-)
270 gram mentega
30 gram lemak sayur @ shortening
100 gram gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
60 gram kacang tanah yang telah digoreng, kisar halus
75 gram quaker oat, kisar halus
60 gram badam kisar
30 gram susu tepung
90 gram tepung jagung*
240 gram tepung gandum*(*satukan dan diayak)
Hiasan bentuk LOVE
Coklat masakan secukupnya, untuk hiasan
Coklat putih secukupnya, untuk hiasan
1 kuning telur*
1 camca besar susu segar*(*satukan dan kacau rata, untuk menglis biskut)

CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega, lemak sayur dan gula aising hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar rata. Sementara itu, satukan kacang tanah kisar, quaker oat kisar dan serbuk badam bersama tepung yang telah diayak tadi. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. 
Matikan mixer, bulat2 kan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan. Bagi doh kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara dua lapisan plastik, setebal kurang lebih 6 mm, terap dengan acuan biskut bentu love dan susun dalam dulang pembakar, jarak kan sedikit kerana biskut akan mengembang sedikit bila dibakar. Buat hingga siap.
Sapu kuning telur dan letak sekeping hiasan bentuk hati atasnya. Buat hingga selesai dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap biskut, kemudian alihkan atas jaringan.
Bila biskut sejuk, drizzle kan dengan coklat cair, kemudian sekali lagi drizzle dengan coklat putih, tapi pastikan ia bertentangan arah. Biar coklat mengeras dan simpan biskut dalam bekas kedap udara...

CATATAN MAT GEBU :- Biskut ni memang tak guna telur, jadi bukan mat terlupa nak tulis, Satu lagi kalau anda nak cairkan coklat putih, cairkan guna kaedah double boiler tapi pastikan air mendidih perlahan atas api kecil dan kacau coklat putih hingga cair dan boleh digunakan. Untuk mempercepatkan coklat tadi keras, letak sedikit lema sayur semasa mencairkan coklat tadi... Selamat mencuba...

********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

2 comments:

  1. Nampak cam sedap jer tu cheq shue... rajinnya mencuba :D

    ReplyDelete
  2. teringin je nak makan.. nmpak cam sdap.. tp kat mana la boleh jumpa biskut ni..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]