PAGES

Wednesday, September 18, 2013

Buah Berangan Goreng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kembali bersiaran di pagi yang semakin menginjak ke tengah hari. ^_^

Dah baca kan tentang cerita pasal buah berangan kampung dan jari jemari yang halus-mulus tu? Kalau belum boleh klik kat sini. Jadi kali  ni saya nak share pulak tentang macam mana saya memasaknya. Rasanya semua dah tahu, cuma mungkin tak berkesempatan nak membuatnya sendiri.


Buah berangan yang telah digoreng lebih enak dimakan semasa masih panas kerana isinya masih lembut. Kalau dah sejuk tu sampai lenguh rasa pipi dek asyik menggigitnya. Yang saya buat ni dibawa ke CH, goreng di rumah kawan saya. Kalau nak kata saya habiskan sendiri memang tak mampu lah. Ni pun makan ramai-ramai dalam gelap (masa tu kebetulan pula letrik tiba2 terputus)


Ini hah... dua beradik yang dok mengadap buah berangan. Siap guna alu lesung lagi. Kalau nak gigit je gitu alamatnya boleh patah gigi. Sorang tukang tumbuk, sorang tukang keluarkan kulit.


Macam mana nak kongskikan resepi ya? Tak ada sukatan yang khusus, cuma perlukan buah berangan saja. Kata saudara kawan saya, lagi harum jika digoreng bersama kopi kasar. Kalau tengok yang dijual tu entah dalam apa ya mereka goreng... kata orang guna tar jalan raya. Hish tak pasti lah pulak tu betul ke tidak kerana saya tak pernah lagi membelinya.

Saya bagaimanapun merebusnya terlebih dahulu di dalam pressure cooker sebelum menggorengnya di dalam kuali. Jadi masa menggoreng pun tak lama dan isinya masak sekata. Kalau tak direbus dulu memang ambil masa sikit nak masak...silap haribulan kena yang masih mentah. T_T Kalau nak tahu buah berangan ni dah masak atau belum, tengok saja pada kulitnya yang merekah sedikit selain warna yang bertukar kehitaman.

Lain kali kalau ada lagi buah berangan ni, saya nak cuba goreng dengan kopi kasar pulak tengok macam mana rasanya. Buat kawan-kawan, selamat mencuba!

6 comments:

  1. Akak suka buah berangan ni cheq sue... tengok dorang goreng dengan kopi kasar tu... tapi tak tahulah kalau guna tar tu... :P

    ReplyDelete
  2. sedapnya...sekarang mahal harganya...sy suka buah berangan ni...

    ReplyDelete
  3. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan,penuh dengan resipi masakan..suke2..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. salam.. saya penah buat di german ni, lepas kopek kulitnya, potong kecik2 skit dan masak dengan nasik putih. sedap.. cuma tak larat masa nak kopek tu je la hehehehe :P

    ReplyDelete
  5. makan benda ni asyik nak kupas kulit dia je kak. hee

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]