PAGES

Wednesday, December 11, 2013

Air Panas Gadek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika ke rumah Fadley. Dekat sahaja dengan rumahnya tu, memang sesuai untuk rilek-rilek sambil menenangkan diri. Selepas balik dari pekena asam pedas, kami datanglah ke sini. Agaknya tengah musim sekolah, ramai sungguh orang yang datang walaupun waktu dah menunjukkan pukul 10 malam. Air panas ni dibuka sampai ke pagi katanya. Untuk masuk dikenakan bayaran RM5. Di kawasan luar ada disediakan kedai makan. Masa saya datang pertama kali dulu tak ada lagi... 


Cantik pemandangan malam dengan lampu berkelipan. Tapi sayang, ambil gambar guna phone aje. Kelabu asap jadinya. Tapi tak apa, ini evidens yang mahu dikongsi.


Kedudukan kolam air panasnya agak teratur di mana kolam di asingkan mengikut kepanasan air. Oleh kerana saiz kolam yang agak kecil, agak terbatas juga jika ingin berendam di dalamnya. Kebanyakan makcik-pakcik yang sedang berendam, barangkali sedang memulihkan lenguh-lenguh di badan. Saya tak berendam pun, tetibe rasa semacam... he he he


Ada juga kolam yang agak cetek dengan suhu tak berapa panas.


Nak masuk dalam ni boleh bawa makanan, jadi boleh piknik dengan keluarga.


Ini pula laluan ke 'kolam ibu' yang menyalurkan air panas. Kat sini tak boleh masuk, apatah lagi nak berendam. Silap-silap boleh masak daging kat badan. Bau sulfur memang kuat, haba panasnya memang boleh rasa..

Jadi orang Melaka, apa lagi? Moh le ke sini...

3 comments:

  1. Adeh cheq su...makin dekat ngan umh sy ni....x jauh dah...dlm 15min smpi....tak g afamosa ke..? Klau afamosa...5 min plk dri umh sy....hehe....

    Tp x pnah pegi pun sini...x tau nape...sbb dekat kut...:-)

    ReplyDelete
  2. sedap nya klau dlm berendam dlm tu yek! tapi ade jugak yg tak sesuai dgn kulit..kekadang bleh naik gatai2..seronok nya cheq su mkn angin...bila nak balik tuh?

    ReplyDelete
  3. elok nih mandi air panas...buang segala daki..hehehe

    http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]