PAGES

Thursday, December 5, 2013

Asam Pedas Kasih Ibu, PD

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Singgahan pertama untuk makan tengah hari di PD. Dekat saja dari hotel, dalam 5 minit je. Letaknya di jalan besar Teluk Kemang. Agak ramai orang. Makanan dan lauk pauk pun banyak tapi masa sampai tu dah agak kurang la kerana dah pukul 3 ebih...


Kalau nak makan asam pedas, kena order. Kami hanya makan menu biasa je kerana dah lapar sangat dan malas nak menunggu. Hanya ambil lauk pauk tersedia.


Persekitaran kedai makan. Agak besar juga. Meja kerusi pun banyak. Siap ada tempat parking lagi. Sesuai nak makan di sini. Ada juga lauk ayam bakar.


Menu yang kami ambil. Ada lagi yang tak sempat di photokan. Dukacita gulai siput yang diambil ada yang sudah berlendir. Tak tahulah bercampur dengan yang semalam atau masaknya tak betul. Biasanya masakan siput tak lah berlendir, tapi yang di makan ni memang berlendir sangat. Bukan semua, ada sikit2 terkena... Terus tak ada selera.

Ada juga air kelapa, tapi tak rasa manis sangat. Yang sedapnya sebab kelapa tu kelapa pandan, wangi je baunya.

Jadi, makan kat sini sekadar menghilang rasa lapar ok lah....


Harga makan semua... Agak boleh tahan juga.

4 comments:

  1. Liza kalau g PD makan kt kedai Mak Mah je sebab mmg dah biasa kat situ, lauk2 dia pun ok..

    ReplyDelete
  2. uish.. berlendir nk basi ke cheqsue? kalau tun mmg terus xpegi dh.. huhu..

    ReplyDelete
  3. dh pernah makan kat gerai ni..nasi ayam dia tak brapa la sedap..
    hari tu CK ambik masak lemak rebung.. kuah cair, tak berapa nk rasa lemak santan kelapanya...tp pedas menyengat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum CS ade gak org beniaga cenggini ek..klu dah berlendir lebih baik x jualkan...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]