PAGES

Tuesday, December 10, 2013

Restoran Ilham Tomyam, Cheng, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Malam pertama di Melaka. Setelah selesai urusan Fadley dan isteri di Klebang, kami singgah di Cheng untuk makan malam. Masa ni tak ingat asam pedas ke apa, perut dah berkeroncong, ingat nak makan je.. Jadi singgah di sini, kepakaran tomyam... meriah dan luas jugak restorannya.


Masa singgah ni, tengah tayang Maharaja lawak, ada tv besar dan flat skrin...puas hati tengok

Persekitaran restoran. Besar dan bersih. Di bahagian luarnya ada gerai menjual sate. Boleh jugak order jika mahu.


Pertama kali makan otak-otak Melaka. Masih panas lagi. Sedap walau sedikit pedas. Rasa macam nak beli tapau bawak balik. Satu keping RM 0.80


Menu yang di pesan. Nasi goreng paprik, mee goreng (sedap), kuetiaw goreng dan nasi goreng tomyam. Rasanya bolehlah, sederhana gitu. Dalam nasi tak banyak sayur walaupun nasinya banyak. Hanya mee goreng tu aje yang saya rasa sangat sedap. Yang lain-lain tu ok lah. Harga untuk semua yang dimakan dalam RM25... tak ingat sebab Mok Ja yang bayar.

3 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]