PAGES

Friday, December 13, 2013

Teh Adani

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya tak minum teh susu, ANGIN, tapi teringin nak cuba teh adani yang ditunjukkan Mala. Lagi pula di dalam teh tu menggunakan susu segar (saya guna susu low fat). Jadi saya kira lepas la untuk saya minum sebab tak berapa 'bersusu'. Tapi yang sebenarnya saya sangat tertarik dengan namanya, sebab itulah pada petang Mala upkan n3 tu saya terus cuba.

Rasanya boleh tahan juga. Dengan rempah2 yang digunakan, dicampur dengan serbuk halia, memang sesuai untuk melegakan angin dalam badan. Saya menggunakan hirisan halia segar, jadi rasa halianya agak lebih sikitlah. Oleh sebab saya menggunakan teh uncang, dengan satu sachet tak memberikan warna yang menarik, jadi saya guna dua, nasib baik tak pahit tehnya.

Untuk Mala, tq kerana share resepi ni, saya copy di sini kot2 nak buat lain kali...


TEH ADANI
Resepi : Mala

Bahan-bahan
1 batang kulit kayu manis, di patahkan*
3 biji buah pelaga, di pecahkan sedikit*
5 kuntum cengkih*
1/4 st serbuk halia*
3/4 cwn susu segar*
3/4 cwn air *
1 st serbuk teh
gula secukup rasa

Cara-cara
Satukan semua bahan* ke dalam periuk kecil  dan panaskan di atas api sederhana.
Apabila mula menggelegak masukkan gula dan serbuk teh. Kacau perlahan.
Biarkan teh mendidih selama 1-2 minit dan tutup api.
Tapis dan sedia untuk di minum.

5 comments:

  1. Salam cheq sue.. teh ni arab style ye..sbb kalau org arab mmg suka letak rempah2 mcm ni dlm kopi dan teh dieorg.. mmg perlu berani nk minum teh berempah2 nih. hihi.. kuat tak rasa rempah dia? takut pulak nk cuba.

    ReplyDelete
  2. Ooo guna dua uncang ye, patutlah nampak cantik warna tehnya tu Cheq Sue...

    ReplyDelete
  3. Kak ina pun sama tak berapa suka minum teh susu...

    ReplyDelete
  4. dah cuba ya teh raab ni.... rasa rempah dia tak la kuat mana sangatkan ... boleh ketagih kalau dah suka :-)

    ReplyDelete
  5. Saya mula minat minum Adani Tea ketika pegi kedai Arab.Teh nya mmang sedap berbau herba sikit.Skg saya boleh buat sndiri dgn beli serbuk teh adani di shoppe.👍👍

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]