PAGES

Monday, January 20, 2014

Roti Nan / Roti Tempayan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Godek-godek internet, cari resepi nak buat roti nan. Haritu dah jumpa satu tapi lupa nak save. Bukan apa, masuk minggu ketiga sekolah dah jem nak fikirkan menu untuk bekal. Tahun nak cuba tengok macam mana kuatnya azam nak berbekal ke sekolah. Tengok berapa bulan... berapa lama boleh sustain!

Pernah buat sekali dulu, jadi, kali ni saja nak cuba resepi lain. Jadi saya cuba resepi yang dkongsikan Kak Nonie. Itupun saya hanya buat setengah adunan sahaja.


Setengah adunan yang saya buat ni dapat dalam 6 keping saiz kecik. 4 saya bawa bekal ke sekolah digandingkan dengan kari ayam SEMPOI campak-campak manakala selebihnya saya makan di rumah. Agak tak berapa nak lembut sangat barangkali kerana saya menggunakan sepenuhnya minyak zaitun bagi menggantikan marjerin.

Untuk yogurt tu pula saya gantikan dengan bancuhan susu tepung yang dicampur dengan jus limau nipis. Terbanyak agaknya air limau tu, sampaikan roti nan yang terhasil rasanya agak masam dan ada bau-bau limau.

Untuk gulainya pula (nak kata kari tak rupa kari...) saya hanya tumis rempah kasar dan bawang, masuk rempah kari sikit kemudian santan. Masak je sampai mendidih dan ayam empuk. Bila rasa macam ok... on ajelah. Walaupun tak berapa lembut, sedap jugak kejadiannya bila dicicah dengan kuah. Kalau senang-senang nanti boleh la cuba dengan resepi yang betul pulak.

TQ Kak Nonie. Saya copy semula resepinya di bawah.


ROTI NAN / ROTI TEMPAYAN

Bahan-bahan untuk roti nan
500 gm tepung gandum
1 sudu mauripan - resipi asal tak taruk, saya saja tambah
1/2 sudu teh garam
1 cawan yoghurt (saya guna bancuhan 5 sudu susu tepung + 1 biji limau nipis dan secawan air)
2 sudu minyak sapi (saya guna marjerin jer)

Cara-cara membuatnya
Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan uli sampai lembut. Peram hingga adunan naik. Kemudian uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Bentukkan bulat2 dan canai nipis2. Panaskan kuali dan letakkan sekeping roti. Tutup. Agak2 roti dah naik menggelembung, terbalikkan. Bakar hingga masak kedua2 belah roti. Angkat dan hidangkan panas2 dengan gulai pilihan.

6 comments:

  1. Sedapnya roti nan cicah kari... menggoda!

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaaa bestnyer.... dana roti2 nih mmg fail... paling2 roti prata boleh la

    ReplyDelete
  3. Sedapnya cheq sue... Akak nak cuba lah... save resepi dulu :)

    ReplyDelete
  4. Da try..sedap..thank resepi

    ReplyDelete
  5. Kalau xd yogurt.. boleh guna susu segar x?

    ReplyDelete
  6. Kalau saya x letak limau nipis...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]