PAGES

Wednesday, February 12, 2014

Alahai Cik Wok

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Binatang pun makhluk Allah... ingat tu.

Tak apa, dia pasti tak baca n3 ni... jadi nak kutuk sikit pun buleh.

Masa depa-depa ni pi N9, saya yang tinggal kat umah kenalah mengasuh cik wok ni. Dia ni dah menjadi kesayangan my cek tau, jadi kena la jaga betul-betul. Saya cakap awal-awal, memang tak berani. Setakat bagi makan tu kira boleh la lagi...


Feveretnya adalah nasi dengan kuah ikan singgang. Kalau buah epal dia suka jugak tapi kena kupas kulit dulu. Kalau bagi roti ke donat, bahagian yang cekelat-cekelat tu dia siap buang dulu tau. Kalau air teh, segelas pun dia boleh habiskan. Kau ado???


Dulu dah pernah citer pasal cik wok ni...tapi entah bawah label apa. Walaupun dia ni spesisnya binatang, kita sebagai manusia takleh nak amik pot sangat kan... Berkaitan dengan pemakanan, percaya tak cik wok ni tersangatlah cerewet. Kalau setalat nasi kosong setongkol gitu aje, huh tak adanya dia nak makan.


Macam dia tengah cakap je... mmmmmmmm sedap sungguh betik ni.


Nasib engkau la cik wok. Yang penting jangan mati kelaparan. Makan tak makan yang penting saya berikan. 

 

Tengoklah apa yang dia dah buat. Pada hari kedua, saya berikan nasi yang sama berkuahkan ikan singgang, tapi depan-depan saya jugak dia tumpahkan nasik tu. Agak-agak macam nak lempang tak? Kita nak bagi dia kenyang, dia ada masa plak nak pilih-pilih.

Dah dia tumpahkan nasi tu, saya bagi pulak apam nasi, tapi dihidu-hidu sekejap, terus dia campak. Ewahhh, propa la sangat. Tak bagi makan baru tahu.

Lastnya bila bagi betik, bersungguh dia makan. Haish, nasib baik lah beruk!

2 comments:

  1. alahai cik wok……kat rumah kami ni gak cheqsue, ramai la sgt geng2 cik wok ni. kami mmg takut la dgn binatang ni. sebab tu kat rumah2 sini kebanyakannya fully aircond & bertutup….sebab takut geng cik wok masuk nak bermesra. huhu

    ReplyDelete
  2. tak per... tak per.. anggapkan itu satu terapi melatih diri jadi sabar.. kalau nak tahu.. org2 tua pun.. perangai macam nie la.. sangat memilih.. itu tak kena.. ini tak mahu... so... bersabarlah...

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]