PAGES

Monday, February 17, 2014

Bun Tuna Roll (Resepi Roti Bun Lembut Uli Tangan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menu roti ni biasanya saya buat untuk makan di sebelah petang sebab biasanya nasi saya untuk sekali makan sahaja, paling tidak pun dua kali masak sebagai bekal. Kebetulan dok skodeng blog Kak Ina terjumpa pulak resepi roti lembut uli tangan. Yang paling saya suka apabila sukatan bahan-bahannya tidak banyak. Hanya 250g tepung sahaja. Itu merupakan satu sukatan yang sesuai untuk saya. Biasanya roti dalam sukatan itu dapatlah 3 kali makan. Punyalah berkenan dengan resepi ni dah dua kali saya buat...

Kali ni saya buat versi tuna bun. Rolla aje adunan yang dah diletakkan inti tuna dan potong jangan sampai putus. Pastu gulung semula dan akhirnya jadi macam bunga.


Masa saya buat roti ni, di CH agak sejuk dan adunan tidak naik dengan baik tetapi roti yang terhasil masih gebu serta lembut. Kalaulah masa buat ni matahari tengah bercahaya terang tentu strukturnya jadi lebih berongga. Tapi tak mengapa, asalkan boleh makan... Kalau dah sehari dua tu, panaskan sekejap dalam oven ia akan jadi lembut semula.

Lain kali saya nak buat versi donat pula... rasanya memang sedap kan Kak Ina. Untuk resepi saya copy semula di bawah. Terima kasih ya...


ROTI BUN LEMBUT ULI TANGAN

Resepi : KakIna

250 gram Tepung Roti / High Protein
50 gram Margerin (acik guna margerin Pelangi)
50 gram Gula Kastor
1 sudu kecik Yis kering
1/2 sudu kecik Bread Improver
1 sudu kecik Tepung Susu atau Susu Pekat
1/2 sudu kecik Garam Halus
1 biji Telur Gred B
105 ml/gram  Air Suam  (kalau guna mixer kena letak air sejuk)

Cara-caranya :-
Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit... 
Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..
Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..
Kalau nak letak inti, bulat-bulatkan inti tu dulu...
Isi inti dalam doh pastu boleh susun dalam loyang yang dah dilengserkan dengan margerin...1 loyang acik buat ada inti...1 loyang lagi acik biar kosong aje... tutup loyang dan biarkan selama 45minit - 1 jam..
Untuk sapukan atas doh tu, guna 1 biji telur campurkan 2 sudu besar air atau susu segar...
Bila doh dah kembang baru kita sapukan bancuhan telur tu..
Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 18 darjah celcius atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing..
Bila dah keluarkan dari oven, kita terus sapukan dengan sedikit margerin untuk bagi nampak berkilat..
 

4 comments:

  1. org kata nak buat roti ni susah... sy kagumla dgn org yg bule buat roti...hhee

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas tunjuk ajar tu.. saya confirm akan uli tangan sebab takde BM.. hmmmm nampak best ni.. leh wat stok utk bekal pagi kan..

    ReplyDelete
  3. Akak tek pernah buat roti sendiri Cheq Shue ... taku tak jadi dan takde BM tu... rasa kali ni macam nak buat sendiri jer bila tengok resepi yg cheq shue share ni... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]