PAGES

Sunday, February 9, 2014

C@AC 20 : Laksa Sarawak



Sampai di pejabat pagi tu, sekali lagi Aloyah geram. Entah siapa la yang suka sangat nak letak-letak barang cara rahsia ni. Dah alang-alang nak letak ni, cuba letak oven elektrik ke barang sebijik. Tak dapat oven periuk TEFAL pun boleh. Kalau letak CORELLE lagi dia suka. Ini setakat Cadburry Almond dua keping. Dah beberapa kali juga perkara begini berlaku. Bermula dengan bunga carla lily satu ketika dulu dan seterusnya. Boleh dikatakan berselang hari saja. Aloyah tak kuasa nak menyiasat. Nak letak letaklah. Kalau benda yang boleh di makan dia bagi je pada Sanju. Nasib baik setakat ni tak ada pulak benda-benda pelik berlaku pada Sanju. Kalau benda-benda yang entah apa-apa tu dia hadiahkan aje pada tong sampah. Emak selalu berpesan kepadanya, jangan suka-suka makan benda yang diragui entah apa yang dimasukkan tak tahu. Sekarang ni macam-macam cara orang nak buat jahat. Kalau dalam air kotak tu mereka boleh injek bahan kimia. Budak-budak sekarang memang kena beringat la.

Ø  Aku dh tgk respi laksa S’wak, nnti aku beli brg kau tlg buat ya

Eh, tak pernah-pernah Bada ni, mimpi apa malam tadi sampai nak beli barang.

Ø  Kau m’idam ke?
o   Smlm aku tgk dkt fb, rs nk mkn
Ø  Ok
Betul nak makan tu gamaknya. Aloyah pun sebenarnya tak pernah lagi makan laksa Sarawak. Nama aje laksa tapi makannya guna mihun. Mmmmm, hari ni Encik Paris bercuti. Tak diberitahu pula ada urusan di mana. Ada urusan peribadi barangkali. Sunyi pulak rasanya. Di pejabat pun sama. Begitulah selalu bila bos tak ada. Dia meneruskan dengan kerjanya yang terbengkalai.
‘Akak dengar kau terima lagi ya barang-barang misteri tu?’
Kak Lin datang ke mejanya.
‘Ha ah kak. Entah siapa punya kerja.’
‘Kau tak cuba tengok ke, datang awal pagi mesti ada nya tu.’
‘Nak awal macam mana lagi kak? Lepas Subuh?’
‘Ada kau rasa siapa?’
‘Entah la kak, malas saya nak fikir.’
Kak Lin ni datang nak korek rahsia la tu. Macam mana dia nak bercerita, dia sendiri pun tak tahu.
‘Loyah, jom pi minum.’
Mustaza mengajak. Aloyah menggelengkan kepala. Baru pukul 9, dah nak minum. Ada potensi nak dapat kencing manis Mustaza ni, suka sangat minum air manis. Pagi minum, petang minum lagi. Lepas tu malam pekena pulak. Adusssss...tak sayang nyawa ke.

Sementara itu di Raub, Ahmad Fareez tidak terus ke Kuantan. Dia menghalakan kereta ke Kuala Lumpur. Masa balik dari Terengganu dulu, dia ada berjumpa dengan Wati, teman serumah Kartina. Daripada Wati lah dia mengetahui segala rahsia. Rupanya Kartina sudah tidak menyewa di situ lagi. Dia pun sekarang telah berpindah ke Janda Baik. Dah berkahwin dah pun. Itu bukan masalahnya. Ahmad Fareez boleh terima. Yang dia rasa nak marah apabila Kartina pergi begitu sahaja. At least cakaplah sesuatu kepadanya. Patutlah mama beriya-iya membantah hubungannya dengan Tina. Rupa-rupanya dari awal lagi mama dah nampak tak baiknya gadis itu. Ahmad Fareez tak puas hati. Dia mesti bersemuka dengan Kartina, dia mahu mengetahui perkara sebenar. Sudah lama sebenarnya Kartina curang dibelakangnya, dia sahaja yang tak sedar. Siapa pun tak beritahu dia. Dia pulak percayakan Kartina 100 peratus.
Janda Baik Resort. Itulah alamat yang diberikan si Wati. Katanya Tina dan suami berkerja di situ. Ahmad Fareez memusingkan kereta beberapa kali sehingga berjaya parking. Ramai jugak orang kat resort ni. Dia mendail nombor baru Kartina yang diberikan Wati. Sebentar kemudian panggilannya bersambut.
‘Hello Tina, you turun sekejap, I ada dekat depan resort ni. Ada hal I nak cakap.’
Fareez? Mana dia dapat nombor aku ni?
‘I sibuk la Fareez.’
‘Kalau you tak keluar I masuk dalam tu nanti, you nak ke?’
‘Ikut suka you la Fareez. I tak ada apa nak dibincangkan. Its over.’
Over? Banyak dia punya over. Talian telefon diputuskan serta merta. Amboi...pantang ni, pantang. Ahmad Fareez cuba mendail semula tetapi tidak diendahkan Kartina. Dia kemudiannya menghantar sms.

Ø  Oklah kalau mcm tu, I masuk bagitahu semua org yg u dah pregnant b4 kahwin, u suka la mcm tu kn?

Eeeee, geram sungguh dengan Kartina ni. Orang cakap baik-baik dia masih nak besar kepala. Ha, tunggu dia! Baru saja Ahmad Fareez hendak melangkah masuk, dia berselisih dengan Kartina. Sebenarnya bukan dia hendak sangat masuk memberitahu aib Kartina tu, sekadar mengugut saja. Dia bukannya orang tidak beriman. Kesilapan Kartina bukan dia yang berhak menghukumnya.
‘Ada apa?’
Soal Kartina tegas. Wajahnya dipandang ke hadapan. Ahmad Fareez memandang Kartina. Masih ada kasihnya buat perempuan yang telah menjadi isteri orang tu. Kartina cinta pertamanya. Tak mungkin mudah untuk dia lupa. Dan seperti kata Wati, memang betul katanya. Kartina memang telah mengandung. Ahmad Fareez boleh nampak dari perutnya yang agak membonjol. Kata Wati, Kartina berhenti kerja setelah ditangkap khalwat di dalam hotel tempatnya berkerja. Oleh kerana dia telah mengandung sebelum berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk berhijrah dari Kuantan.
‘Sampai hati you Tina, you langsung tak ingatkan I. Kenapa you buat macam ni?’
‘I ada alasan I sendiri. You carilah orang lain Fareez. I dah kahwin, dah ada suami. Kalau suami I nampak mesti dia marah nanti. You pergi lah balik. I doakan you dapat perempuan yang lebih baik dari I.’
Tidak semudah itu Tina, tidak semudah apa yang you katakan.
‘Lepas ni I tak ganggu you. I cuma nak pastikan apa yang Wati bagitahu tu betul. Nampaknya I dah boleh hidup tenang lepas ni, tak perlu nak fikirkan you lagi.’
‘Siapa ni Tina?’
Seorang lelaki tiba-tiba datang. Di tangannya ada penyapu. Amran. Tertera namanya di tshirt yang dipakai. Suami Tina barangkali. Laa, tukang kebun aje ke? Ingatkan pemilik resort. Setakat itu cuma pilihan Tina.
‘Kawan lama Tina bang.’
‘Kau jagalah Tina baik-baik...’
Ahmad Fareez berlalu pergi, tidak berpaling lagi. Hatinya sedih, pedih tetapi tenang. Segalanya sudah terjawab. Dia tidak perlu lagi menagih kasih Kartina. Dia melepaskan rantaian kasih Kartina dari hatinya. Hidup baru bermula.

Sementara itu di Cameron Highlands, Aloyah and the gang sedang menjamu laksa Sarawak. Resepi diambil sepenuhnya dari blogger Kak Dayang Jack. Dia memang pakar buat laksa tu, orang Sarawak la katakan. Bada laju je menghirup kuah. Fiza pun makan tak pandang keliling. Cuma dia yang agak lambat-lambat menyuap. Agak muak pada tekaknya. Lagipun laksa dimakan dengan mihun? Satu kepelikan baharu. Nasik baik ada sambal yang meningkatkan rasa.
‘Aku dah pregnant.’
Kata Bada selepas menghabiskan semangkuk besar laksa. Fiza mendongakkan kepala. Pregnant? Alhamdulillah...
‘Ye ke? Tahniah... dah nak bergelar ibu kau ya.’
Aloyah memeluk Bada. Dia tumpang gembira dengan rezeki yang dikurnia.
‘Bulan depan aku akan berpindah ke Kuala Lumpur, naik pangkat KPT.’
Pindah? Rezeki berganda, rezeki anak. Alhamdulillah...
‘Nanti dah tak jauh la dengan Badri.’
‘Alhamdulillah dah dapat tinggal bersama, tak perlu berjauhan dah.’
Berseri-seri wajah Badariah. Seri ibu mengandung dan seri pengantin lama. Ya lah, hampir 3 bulan berulang alik ke Kuala Lumpur memang menjadi harapan untuk membina kehidupan sendiri dengan suami. Apa gunanya berkahwin jika tidak dapat hidup bersama? Nampakny lepas ni Aloyah kena cari penyewa barulah. Kalau nak menyewa berdua aje, semput dia dan Fiza tiap-tiap bulan. RM 800 sebulan beb...

1 comment:

  1. tudia.. pekena laksa sarawak.. cik azue pun tak pernah merasa... muahaha... nice entry..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]