PAGES

Saturday, February 8, 2014

Selamat Pengantin Baru Norman & Wati

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Tanggal 31 Januari 2014 merupakan hari bahagia buat sepupu saya Norman yang telahpun selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Wati. Nampaknya sekali lagi rombongan perkahwinan ni ke luar Kelantan, iaitu ke Negeri Sembilan, ke Kuala Pilah yang paling tepatnya. Semuanya pilih orang luar ya... Saya masih ingat komplen mek tentang gulai orang Negori yang banyak menggunakan serai, daun kunyit dan saun limau purut. Mmmmm memang tak berapa kena la sikit dengan famili saya. Tang masak lemak berapi tu taksoh cakap la kan, kalau saya pun memang kena bawa budu dari rumah. *_*

Norman ni adalah sepupu yang seumur dengan saya. Nampaknya dia yang ketemu jodoh dulu. Tahniah... 

Saya sebenarnya nak juga ke sana tetapi memandangkan letih dari PD pun belum habis, pastu lepas tahun baru cina nak ke KL pulak, saya batalkan niat ni. Update : dah selesai pun miting di KL tu... Lagi pulak, beruk belakang rumah tu tak ada orang yang nak memberinya makan. Hanya mek, cek dan tiga orang adik saya ke sana bersama 2 lagi emak saudara termasuk emaknya Norman.

Apapun saya mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke hujung nyawa, dapat anak cepat-cepat dan hidup berbahagia selalu.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]