PAGES

Sunday, March 16, 2014

C@AC 25 : Famous Amos Chocolate Chip Cookies (FACCC)



Aduhai badan, penat sungguh rasanya. Aloyah membuat senaman ringkas. Ketap ketup bunyi urat di badannya yang menegang. Dah pukul 10 malam, patutlah.  Suasana sunyi. Fiza dah tidur barangkali. Balik dari sekolah tadi, tak sedap badan katanya. Sekarang ni musim demam, nasib baik badan Aloyah tu boleh tahan kebal, kalau tak mesti dah kena. Kiki pula dah keluar dari rumah setelah beberapa barang diambil. Marah sungguh Fiza bila lima tudungnya dan 3 baju kurung modennya hilang. Disonglapnya juga 2 sandal dan sepasang kasut Hush Puppies Aloyah. Bertuah punya budak.

Masih ada banyak yang perlu dilakukan. Famous amos chocolate chip cookies yang ditempah oleh hospital daerah perlu dibungkus pula dalam beg plastik kecil yang diberi. Ia nak dijadikan goodies sempena dengan keberangkatan Tuanku Sultanah mencemar duli ke sana. Lima ratus peket semuanya. Phewww, kalau tidak kerana minat tak mampu dia nak buat sendirian. Dia dah selalu sangat buat cookies ni. Bukan saja wajib masa raya, time tak raya pun dia buat jugak. Memang sedap di makan masa tengok tv ataupun layan Kang Geun Suk di lappy. Aromanya semerbak. Berbaloi buat daripada beli. Selain penggunaan chocolate chips, Aloyah juga suka menambahkan kekacang di dalamnya seperti badam dan biji bunga matahari.
Untuk memenuhi tempahan ini pula, Aloyah terpaksa membuat sehingga tujuh adunan. Takkan nak buat ngam-ngam 250 keping, yang nak makan di rumah, yang nak bagi orang sebelah, itu semua mesti ditambah supaya semuanya dapat merasa. Petang tadi dah beberapa sms juga dia terima pasal bau cookies ni yang tersebar ke merata tempat. Yang pastinya Mail lah, sensitif betul hidungnya.


Yang seksanya bila nak membakar. Dengan oven kecil Aloyah, berapa keping sangatlah cookies yang boleh dibakar memandangkan adunannya yang mengembang dalam proses tersebut. Walau bagai mana pun Aloyah tersenyum apabila segalanya dapat dibuat dengan sempurna. Pagi esok, Kak Misha kerani hospital akan datang mengambilnya. Selepas itu boleh la dia tidur.... zzzZzzZzzzzZzzzZzzz.

Selesai berurusan dengan Kak Misha, Aloyah mengemaskan apa yang patut. Di dapur, ruang tamu dan ruang depan. Dalam bilik tak usah cakap, kalau lipas masuk pun boleh sesat. Kemudian dia mahu menyambung tidur, merehatkan badan sambil menikmati cutinya. Sebelum itu dia menelefon keluarganya di Raub, mereka berbual beberapa ketika. Senyumnya melebar bila emak kata Kak Munawwarah mengandung lagi. Makin bertambahlah anak buahnya. Adiknya Nur Fathihah pula akan bercuti panjang, awal bulan depan dia akan balik ke Malaysia. Nampaknya Aloyah mesti merancang cuti, dah bermacam agenda ada di kepala. Hampir setahun tidak berjumpa Fathihah, hanya skrin komputer yang mendekatkan mereka. Boleh dikatakan setiap minggu mereka akan bersua di Skype.

Ø  Bestny cti!

o   Jgn jeles okeh

Ø  Aku bz gilos ni, ntah byk btl kn buat

o   Ambk la CR, blh rilek

Ø  Mail kt sekut tu sdp, abis dia mkn x tggl aku

o   Betuahny befren

Ø  Nnti aku blk br blh rs, grm btl

o   J jgn dia mkn yg nk bg En.Paris sudah

Ø  Xny. Aku dh smpn. Klh, c u

Fiza bersms. Begitulah selalu. Memang dia rajin bersms bila ada masa. Kadang-kadang tengah geram pun dia mencari untuk meluahkan. Baru saja Aloyah meletakkan kepala ke bantal, bunyi sms masuk lagi. Ish, nak bercuti macam mana ni, ada saja yang mengganggu. Opssst, bos? Aduh, belum pun setengah hari, Encik Paris dah cari. Rasa-rasa segala keperluan hari itu sudah dilistkan dan disedia semuanya.

Ø  Lain kali jgn cuti, susah sy di pej

Lorrr....ada ke patut kata begitu. Tak baik betul. Encik Paris ni kalau depan-depan, tak banyak cakap tapi kalau bersms bermacam yang akan keluar.

Ø  Knp En Fareez?

o   Sy blm minum lagi. K.Tipah buat kopi x sdp, x mcm awk buat

Kopi aku jugak yang diingatnya. Kelasss kau Aloyah! Baru dia tahu.

Ø  No komen!

o   Mn benda yg bau sdp mlm tadi?

Ni seorang lagi. Nampaknya Encik Paris pun ada terbau jugak.

Ø  Ptg blk opis br hntr

o   Apa benda

Ø  FACCC

o   Apa tu?

Ø  Famous amos choc chips cookis

o   Sdp x?

Ø  Offkos

o   Jgn lupa tau

Ø  Lupa? What?

o   Bagi saya sikit la, nk test sdp ke x..

Ø  Kang x cukp

o   Awk buat lg

Ø  Kalau buat kn byr la nnti

o   No problem

Aloyah bagaikan tidak percaya yang dia sekarang sedang bersms dengan Encik Paris J. Bukan selalu tau macam ni. Bukan tak pernah sms, tapi biasa pasal kerja saja. Dan oleh kerana hari ni off, Aloyah membalasnya cara santai dan bersahaja. Bukannya kat pejabat nak formal-formal ye dak?


Ø  Sy ada s’thing nk bgtahu

o   ???

Ø  Pasal guy yg ltk benda2 di meja awk

o   En Fareez tahu?

Ø  Blh x pggl sy Fareez aje? Encik too formal for me. Encik Paris also, please don’t call me that

o   U boss, i kuli L

Ø  Kt ofis je panggil Encik, lain tmpt FAREEZ, ok?

Dia senyum? Macam terbayang-bayang aje di tubir mata Aloyah.

Ø  I will but take time. Btw, siapa yg ltk2 benda tu?

o   Sy rs dia dh lm kot suka awk

Ø  But who?

o   Sy bkn nk menyibuk, but i have to sbb sy xnk bersaing dgn dia

Saya tak nak bersaing dengan dia? Wait... apa maksud ayat ni? Bersaing apa ni? Bersaing sebab aku ke? Tetiba je pipi rasa hangat, macam nak demam.

Ø  Sy pernah nmpk Mus ltk jmbgn bunga

o   Mus? Mustaza?

Aloyah langsung tak dapat menduga. Mustaza? Mustahil Mus sukakan dia. Mereka sekadar kawa sekerja, tak lebih dari itu.


Ø  Yup, your jiran sebelah

o   X mgkin la

Ø  Sy housemate dia, i khow him more than u

o   Kmi kwn2 je, mcm sy dgn Mail

Ø  Itu kt awk... perasaan blh berubah

o   Sy x prcaya

Ø  Believe me...

o   Mus, btl sy x sgka

Ø  Sm mcm apa yg awk rasa pd saya. Dulu lain skrg lain

o   Rs apa plk?

Ø  U like me, do u?

Haih... pandai pulak dia serkap jarang.

o   No lh

>__< macam nak menyorok dalam gobok je rasa. Encik Paris dapat menyelami perasaannya?

Ø  Sy tahu apa yg awk rs. Hari2 awk ada dgn saya..

Dia senyum lagi. Aloyah yang sudah terbang ke langit ke tujuh bagaikan jatuh gedebuk ke bumi. Oh Encik Paris, hari-hari awak ada dengan saya...
Sekarang bukan lelaki misteri (Mustaza) yang menjadi tajuk utama, tetapi bagaimana kata-kata Encik Paris yang telah tahu semuanya?

Sm mcm apa yg awk rasa pd saya. Dulu lain skrg lain.
U like me, do u?
Sy tahu apa yg awk rs. Hari2 awk ada dgn saya..

Aduh...lepas ni macam mana pula nak berhadapan dengan Encik Paris di pejabat. Macam mana nak tengok dia hari-hari? Kalau dulu boleh intai-intai bila nak tengok dia senyum. Sekarang? Aloyah tersenyum memanjang. Nampaknya dia kena pastikan yang Encik Paris juga menyimpan perasaan sama sepertinya...baru boleh confirm.
Mustaza? Dia bukanlah keutamaan. Aloyah tiada apa-apa perasaan padanya. Tapi bila difikirkan sekilas, kenapa tiba-tiba saja Mus sukakan dia? Dia tak cantik, tak lawa. Tinggi pun baru 150 cm, pendek. Dia cuma seorang  budak comot yang suka memasak saja. Takkanlah dengan sebab dia selalu menghantar makanan ke rumah, itu mencetuskan cinta? Aloyah tiada jawapan...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]