PAGES

Wednesday, March 5, 2014

Gebulicious Butter Cupcakes (Perisa Blueberry)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Satu resepi yang saya selalu cuba dan memang menjadi.  Sya buat ni pun dah lama, kebetulan pakcik kata nak singgah ke CH dari KL tapi tak jadi. Mujur jugak buat setengah adunan je, tak la seksa nak habiskan. Kali ni saya buat dengan mencampurkan sedikit perisa blueberry. Warna memang tak ada, agak suram sedikit tapi rasanya boleh tahan. Kalau selalu guna vanilla tapi sesekali bubuh blueberry pun ok.

Kawan-kawan boleh la cuba, sedap kalau dapat makan dengan teh atau kopi O. Yang saya buat ni tak menyempat nak cicip bagai, terus je makan satu satu... Gambarnya pulak jadi kelabu asap sikit kerana snap waktu malam. Kalau nak cuba resepinya dibawah ni... saya nak sambung kerja mesyuarat ni pulak... *_*


GEBULICIOUS BUTTER CUPCAKES
Bahan-bahan ( menghasilkan 25-30 cupcakes menggunakan souffle cup.. :)

250g Buttercup
5 biji telur (gred B)
200g gula castor
210 tepung self-raising (ayak)
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)

Cara-cara
pukul butter dan gula hingga gebu
masukkan telur sebiji dan kacau sebati. Ulang proses ini hingga telur habis.
masukkan tepung sedikit demi sedikit..gua kaedah kaup balik.
panaskan oven 180c (10 minit)..bakar selama 15 minit..
pssst..petua kek naik cantik,ringan dan gebu ialah anda perlu panaskan oven pada suhu maksima di oven anda selama 10 minit. Selepas oven dah panas,tukar suhu kpd 180c dan bakar selama 15 minit..jgan lupe turunkan suhu..klu x hangit la kek mu itu..hope it helps..
 

4 comments:

  1. Sedapnya akak tengok cheq shue.... gebusss gitew :)

    ReplyDelete
  2. wow.. sedap muffin.. saya kalau buat angkut mai ofis ler.. anak2 kureng minat.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak membaking... terliur!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]