PAGES

Thursday, March 6, 2014

Talapia Masak Gulai Tempoyak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sejak saya dah pandai makan tempoyak ni... masak secara gulai tempoyak menjadi salah satu pilihan saya. Walaupun kadang-kadang rasanya tidak menepati piawaian atau seperti yang dijual di kedai tapi dah cukyp memuaskan hati saya.

Kali ni saya godek resepi dari internet dan berkenan pulak dengan resepi dari majalah RASA seperti yang dikongsikan oleh Kak Rohah. Saya buat seketul bahagian kepala je. Kawan saya yang beli... dia ambil ekor saya ambil kepala. Kalau yang saya beli sekor-sekor besar 3 jari je.

Yang dah siap posing dalam mangkuk ni bekal saya ke sekolah. Agak terlembik sikit sementelah perangat pun 2 kali. Pastu ikan pun dah agak lama menetap dalam peti sejuk. Tak ngapelah yang penting semuanta dah habis.

Saya copy semula resepinya di bawah ni. TQ Kak Rohah...



TALAPIA MASAK GULAI TEMPOYAK   Adaptasi ; AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK   Resepi : majalah RASA

Bahan-bahan:
4 ekor talapia | potong 
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air/ secukupnya

Cara memasak:

1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ikan, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]