PAGES

Friday, April 4, 2014

Beijing 2014 / Day 3 / Pt 2 : Great Wall

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdulillah... dah jejak kaki ke sini!

GREAT WALL / TEMBOK BESAR

Ini adalah satu monumen yang harus dikunjungi. Dah ke China, apa ke kalau tak Great Wall kan? Memang takjub dengan binaan yang tidak menggunakan teknologi itu. Dalam Pendidikan Moral tingkatan 5, Great Wall ni ada dalam nilai kesederhanaan.

Dari kefahaman saya, Great Wall ni merupakan sempadan China - Monggolia. Selain itu, ia juga merupakan salah satu lambang kuasa dinasti dulu-dulu. Errr, jangan tanya lebih-lebih, bab sejarah ni saya fail! Walaupun tanpa sebarang teknologi, binaannya sangat kukuh. Di sini cuacanya agak sejuk. Kami sampai masih pagi dan sangat fresh untuk mendaki. Di sini juga terdapat banyak sekali cherry blossom yang tumbuh liar dan tengah galak berbunga. Pun begitu, gambar-gambar agak kurang jelas kerana keadaan cuaca yang agak berjerebu.

Ramai yang datang ke sini. Menjejak kaki hingga ke atas merupakan satu lambang semangat. Tapi saya tak mampu sebab gayat waktu nak turun. Bab nak naik ok lagi... Tahniah pada Kak Machitoh yang berjaya sampai ke atas. Umur 60 ko... Nak citer banyak-banyak pun...memang korang korang kena datang lah! Biar gambar ke berbicara.

Tinggi! Sayup mata memandang

Beli tiket dulu! Tambah kekayaan negara China

Informasi, yang bagusnya sebab ada dalam Bahasa Inggeris

Mampu tengok dari jauh je...

Antara kedai menjual cenderamata... harga boleh tahan

View dari atas

Ramai yang bersemangat mendaki. Nampak Kak Anah tengah duduk, melepaskan lelah barangkali

Kalau nak beli pingat pun boleh, tanda dah sampai ke sini

Ni atas kepercayaan sendiri lah ya... T_T

Bukti...

^_^ haruslah ada

Group kami... 

Bersambung....

1 comment:

  1. Wah tahniah cheq sue dah berjaya menjejak kaki ke great wall.. akak pun teringin nak pergi sini :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]