PAGES

Tuesday, May 27, 2014

Chicken Pie

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya terlintas nak buat ni minggu lepas. Masa tu tengah serabut tak tahu nak masak apa. Ada daging burger dua keping, ok lah kan nak buat filling. Bila ada semangat nak buat sayur2 pulak takde. Ehhhh, terputus semangat sekejap. Bila godek2 jumpa capsicum dan lobak merah yang dah hampir kecut. Okeh jalannnn... kita yang buat dia kan. Saya tak ikut pun resepi filling Kak Ina tu, saya ejas sendiri2 dengan menambahkan sup cendawan paket segera.


Bekas pai alum tu pun saya tak ada, jadi saya guna acuan tart, cari yang sedikit leper. Saya buat macam buat tart biasa tu la, terus penyekkan adunan atas paperliner dalam acuan. Bukan apa, takut melekat.

Saya buat pai ni setengah adunan, dapatlah dalam 7 biji pai mini. Seperti kata Kak Ina, pai ni sedap di makan dengan sos lada hitam, tapi tahu2 sajalah, buat sikit, malas la nak godes sos tu pulak kan...

Masa buat filling ni, tak jumpa pulak mana letak lada hitam hancur. Aduhhhh geram sungguh tau masa nak guna tu lah dia nak hilang. Masa tak nak guna ada je kat depan mata.


Dah tak ada sos cendawan tu, kita belasah ajelah dengan sos cili dengan mayonis. Cuma sedikit tak puas hati dengan crust. Belum gigit lagi dah hancur. Ha ha ha... agaknya sebab saya guna majerin aje kot. Ke apa masalahnya Kak Ina?

Walau apapun, ini adalah satu resepi yang agak menyeronokkan untuk dibuat dan di makan. In Sha Allah nanti kalau ada kelapangan boleh la cuba lagi. TQ Kak Ina atas resepinya...


CHICKEN PIE
Resepi : Kak Ina

PASTRY :
250 gram tepung gandum
150 gram butter
1/2 sudu kecik garam halus
70ml  air

1. Masukkan garam halus dalam tepung.
2. Potong butter kecik-kecik.
3. Gaulkan dengan tepung...ramas-ramas sampai jadi macam serbuk roti.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit.
5. Gaulkan hingga rata.
6. Balut doh dengan plastik.
7. Simpan dalam petiais lebih kurang 1 jam.

Keluarkan doh pastri dari petiais. Kalau takde meja canai, kita guna tutup periuk bahagian belakang pun boleh aje. Sebelum nak canai doh pastri ni kena letak plastik dulu. Kemudian ambik sedikit doh. Pastu letak lagi satu plastik atas doh. Baru kita gelek. Kalau tak nanti, doh pastri melekat kat penggelek. Dan kalau letak plastik akan memudahkan kita nak letak doh pastri pada acuan... gituuuuu.
Buka plastik yang bahagian atas.
Pegang plastik yang bahagian bawah, kemudian kita telangkupkan doh pastri tu pada acuan. 
Pastu kita tekan-tekan doh pastri dalam acuan tu.
Pastu potong bahagian tepi dengan pisau. Kalau nak cubit-cubit dengan tangan je bolehhhh..ikut suka.. 
Masukkan inti...
Ulang langkah yang sama gelek doh dan terbalikkan doh  untuk menutup inti ni tadi...pastu potong bahagian tepi... 
Ambik garpu tekan-tekan bahagian tepi. 
Pastu guna garpu untuk tekan lubang kat bahagiah tengah. Asal guna garpu cucuk-cucuk je mesti acik teringat Kassim Selamat filem Ibu Mertuaku...kehkehkeh... 
Pastu sapu bahagian atas dengan kuning telur semata-mata... kalau guna kuning telur aje, bila dibakar nampak garing cantik.
Siap untuk dibakar...kalau oven acik suhu 180 darjah celcius.Bakar sampai bahagiannya atasnya nampak garing okey..
Dah siap bakar... macam sedap je kan...heheh... nak lagi sedap kita makan dengan sos lada hitam... resepi sos lada hitam korang google sendiri...he he he.

FILLING AYAM :

Bahan-bahannya :-

Ayam kisar (acik suka jenama Ramly)
1 tin Mushroom Soup (acik suka jenama Campbells)
Mix Vege
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
* kedua2 bahan di blend
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit lada hitam
sedikit garam

1. Tumiskan bawang yang dah diblend.
2. Masukkan ayam kisar.
3. Masukkan mix vege.
4. Masukkan bawang besar yang dipotong dadu
5. Masukkan Mushroom soup
6. Masukkan lada hitam dan garam

Sejukkan inti yang dah siap dimasak.

Untuk tutorial step by step sila klik [di sini]

6 comments:

  1. yummy....balik kerja nanti boleh buat...terliur dah ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya...mak saya suka buat pie ni...smpai kat anak dia, malas nak blaja buat crust, so sy buat shpeherd's pie saja...so crust ganti dgn mashed potato...hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam cheq sue.. sedapnyer chicken pie. lama betul tun xbuat nih.. dlm kepala duk plan2 chicken pie la, apple pie laa.. last2 semua xjadi. hehe

    ReplyDelete
  4. adoiii sedapnya cheqsu trlioqqq sngt tngok chicken pie tu lah

    ReplyDelete
  5. wah, sedap ni kalau dapat makan pai ayam ni..

    ReplyDelete
  6. Saya pun geram.. Masa nak guna hilang... Masa tak guna...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]