PAGES

Monday, June 23, 2014

Muffin Coklat Chip

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lama betul rasanya tak buat muffin. Bukan apa... sejak anak2 ikan dah sekolah asrama semuanya, dah kurang sikit tukang makan, tukang yang nak datang ambik pun dah tak ada tu yang tak berapa selera nak buat mufin atau adik beradik dia yang lain tu.

Tapi ni entah datang angin apa, rasa macam semangat nak buat mufin setelah tengok Kak Zana tayang. Macam gebu je mufin coklat tu. Tambah2 pula bila dok ingat lama jugak tak makan something yang chocolatey ni. Carik2 choc chip, mujur gak ada sikit lagi dalam simpanan.

Saya godek setengah adunan saja. Dapat dalam 11 biji cup saiz M. Memang mewah dengan choc chip hitam dam putih. Perfect betul mufin ni. Dengan rasanya yang lembut gebu dan tidak terlalu manis, memang kena dengan selera saya. Kalaulah dapat pekena dengan coklat panas, perghhhh sedap!


Alhamdulillah adunan mengembang dengan elok. Walau pada zahirnya nampak macam keras / padat tapi teksturnya lembut.

Dalam resepi Kak Inahar ni, dah diberi tips bagaimana untuk mendapatkan mufin yang gebu iaitu jangan overmix adunan tepung dengan cecair. Saya agak cuak jugak memula, takut la kang asyik benar menggodek karang terlebih pulak. Pastu bila tengok adunannya tak berapa cair, agak likat sikit. Berdebar jugak tau, kot2 le tervantat atau tak jadi, tapi bila tengok masa bakar tu makin naik meninggi, huh lega rasanya!

To both of you, thanks a lots tau, lain kali boleh repeat lagi resepi ni.


MUFFIN COKLAT CHIP
sumber copy : Inahar's Cooking Time

Bahan:-

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sk baking powder

1 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1 cawan fresh milk saya gunakan bancuhan susu tepung
1 biji telor - pukul sikit
1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan
1 sk esen vanila
choc chips secukupnya


Cara :-


Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.

Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. saya kacau cara kaup balik
Masukkan choc chips.
Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak.

Tips :
untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist, pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menhasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..  

4 comments:

  1. sedap nih... simple jgk cara buat nyer

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya nampak. tengok resepi macam senang tak payah timbang2. InsyaAllah nak try nanti. Thanks

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue..

    wah, gebunya mufin..sedap mufin coklat cip..

    ReplyDelete
  4. Pesal lah pandai masak sgt ni ishh untunglsh siapa kawin nfan cheq sue :-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]