PAGES

Friday, June 6, 2014

Setelah 8 Tahun 8 Bulan....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah... 

Pada tarikh 4.6.2014, setelah 8 tahun 8 bulan, my Black Maria akhirnya telah habis saya bayar.  Syukur padaMu Ya Allah. Buat last payment dekat Ambank Kota Bharu dan terus dapat geran asal dua jam kemudian. Kalau kira habisnya bulan Oktober nanti tapi bila check balance dah tak banyak, baik saya jelaskan sekaligus sementelah dah ada kat kampung. Macam kawan saya, jelaskan di CH, gerannya di KB last sekali gerannya hilang. Nak marahkan sape bila kita sendiri yang kena gi buat geran baru di JPJ??

Mengenang kembali episod awal pertemuan saya dengan kereta Wira SE ni... agak dramatik juga kisahnya. Selepas setahun berkerja, baru saya ambil kereta ni. Awal2 kerja tu tak dan gaji kata orang, maklumlah starting dulu tak banyak mana. Selepas seminggu saya dapat lesen, terus saya beli kereta. Mok Ja la orang pertama goda saya untuk beli, kalau balik kampung tu dia yang angkut saya gi KB untuk survey. T_T

Mulanya saya target kereta Kelisa aje. Cukuplah untuk saya seorang nak berulang balik CH-Kelantan. Masa tu prefer kete kecik2 aje, maklumlah baru dapat lesen kan, macam takut2 la nak drive keter beso. Mek saya tak setuju... kataya kecik. Ewahhhh, macam dia aje yang nak kuarkan duit bulan-bulan. Hi hi hi... Pastu saya kata nak ambil Proton Saga. Dia tak setuju jugak, katanya 1.3 tak gagah nak naik bukit. Pulak dahhhh... Kalau ikutkan saya, jiwa lebih kepada Satria GTI, tapi ditentang jugak dengan alasan dua pintu saja. 

Bincang punya bincang... akhirnya saya ambil Wira SE ni, dengan persetujuan okeh! Masa tu bayar muka RM2500, itu pun pinjam duit mek RM1000. Ha ha ha... bayar balik ok lepas tu... Saya ingat masa tu walaupun bayar muka RM2500, tapi dibayar balik pada saya sebanyak RM1000 (atau mungkin lebih, tak ingat dah) menjadikan harga sebenar down payment adalah lebih kurang RM1500 sahaja. Masa tu, bila dah ada kereta, bulan2 memang kena ikat perut sikit sehinggalah gaji makin bertambah seiring dengan tahun perkhidmatan.

Kalau korang nak tahu, plat kereta saya yang sebenar bukan plat yang sekarang ni. Tak tahu la kenapa, mamat yang jual kereta dekat saya tu terbeli pulak nombor plat yang cantik... yang banyak nombor satu.... *_*. Walaupun begitu saya memang tak berhasrat nak menerima, dah la rege lebih kurang 3-4 ratus jugak. Tak tahu kan apa sebenar niatnya... 

Sejak kereta tu bersama saya, Alhamdulillah tak banyak kerosakan. Saya kemalangan sekali, pecah tayar dan bengkok sport rim. Kemudian rosak clutch semasa jem teruk di Kea Farm. Ada sekali tu rosak timing belt di Tanah Rata sehingga terpaksa di towing balik. Sedih bila ingat... Cuma ada satu yang belum saya baiki, skirt depan terjatuh sikit sebab adik saya langgar kucing. Entah apa nasib kucing tu tak tau lah. Selebihnya hanya kerosakan minor yang di alami. Kereta tu memang saya jaga betul. Sampai masa servis, hantar ke pomen. Sampai masa tukar tayar atau buat alignment, bawa ke kedai tayar. Kadang2 saya fikir saya ni buat keje orang jantan pulak, semuanya diurus sendiri. Iyalah, benda payah nak dapat. Bulan 2 keluar dekat RM600 takkan nak buat cincai aje ye dak?

Apa yang saya pernah buat dekat kereta tu ya... Selain cuci luar dan dalam (walaupun banyaknya hantar cuci kat kedai) saya pernah menukar tayar sendiri. Ooiiiii seksa sungguh nak keluarkan satu skru pun. Sebab itulah saya saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang sangat2 dekat dia. Cuma satu saja, kereta tu tak pernah kena dengan perfum atau pewangi, nanti saya pulak yang pening takleh nak drive. No Ambi Pur... no haruman kasturi.

Paling jauh kereta tu sampai ke Melaka. Setakat ni tak lepas lagi ke Johor atau Perlis. Bila nak try ya... KL dah dua tiga kali rasmi. In Sha Allah.

Nak tukar kereta? Tidak sesekali terlintas di hati. Kecuali kalau dah berkeluarga, itu lain cerita. Sekarang saya senang dan selesa bersamanya.

TQ my dear Black Maria... ^_^

4 comments:

  1. Dav 1247...xpyh tlg byarn la lepas ni..

    ReplyDelete
  2. Norh pun pi servis keta semua sendiri ja...baru ni kereta mati tengah jln pun call mekanik sendiri :p

    ReplyDelete
  3. Inilah kereta pertama ku katanya. Mesti best kan klau dh settle byr rasa kurang beban mcm Jm jgk dh settle byr then rasa malas nk buat hutang baru guna je apa yg ada. Yg pasti enjin wira lg terbsik dari kereta protln yg lain x byk ragam kan

    ReplyDelete
  4. Biasalah kalau secondhand mesti ada rosak kt mana2. Mcm hsemate sy, dia punya belanja monthly ada lah dlam 2/3 ratus sebulan. jap2 rosak, jap2 xleh start. Nasib baik dia gaji byk..hehe.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]