PAGES

Wednesday, June 4, 2014

Xin chào Việt Nam 3 : Central Post Office & Saigon Notre-Dame Cathedral

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Day 1

Selesai urusan check in bilik di Hotel Ha May 3, kami terus je ke Restoran Halal Kampung Melayu untuk makan tengah hari. Citer pasal makan2 ni saya akan kumpulkan dalam satu n3 nanti. 

Masa trip pertama dulu, saya dah tengok la Central Post Office dan jugak Saigon Notre-Dame Cathedral ni cuma tak dibawa masuk melihat ke dalamnya. Alhamdulillah kali ni dua tempat ni termasuk dalam iti dan memang saya tak lepas peluang untuk melihat apa yang ada. Maaf nak cakap awal-awal, saya memang tak sempat nak tulis apa yang diterangkan oleh guide kami tu. Nak tulis panjang2 dalam BI pun karang tersilap maksud pulak. 

Cuma yang saya ingat2, dua binaan ni ada kaitan dengan sejarah dulu2 la, mungkin Vietnam pernah dibawah kuasa Perancis. Betul cikgu Sejarah?


Pandangan dari pintu masuk. Mahap le gambar tak sharp sebab salah setting. Waktu ni matahari tegak atas kepala. Nak ambil gambar pun tak selesa sebab mata terpejam. Hilang anggun Mak Jemah..

CPO ni memang menjadi tarikan pelancong. Di dalamnya pejabat pos masih beroperasi tetapi takde la sesak sangat. Ada jugak dijual barangan cenderahati. Kalau rasa nak 'menabung' kat sini boleh la.


Group photo. Inilah geng anak-beranak untuk trip kali ni. Cikgu Leman, Cikgu Awie, Aan, Kak Long, kekandaku Cik Ha, Mok Ja, tuan tanah kedaung, Cheq Da serta anak-anaknya Haziq dan Batrisyia. Nampaknya hamba jugak le yang paling rendah, tak cukup inci!!


Binaan bumbungnya. Menarik pada mata saya.


Tertarik dengan ATM yang ada di dalam CPO ni. Satu bank dibuat sebilik2 hanya boleh masuk seorang. Kalau buat dekat Malaysia macam ni, agak2 selamat tak?


Tiga dara pingitan. Pilih.. pilih... nak yang mana


Cheq Da sekeluarga.


In Sha Allah satu hari nanti will check in at Tokyo. Doa-doakan....


Saya tertanya2 apa motif binaan patung ni. Halus ukirannya.

Oleh sebab di sekitar CPO ni pemandangannya menarik dan ada nilainya yang tersendiri, maka ianya selalu dijadikan tempat photoshot bagi pasangan yang baru berkahwin.


Dalam 20 minit berlegar2 di CPO, kami pun keluar. Panasnya masa ni hanya Tuhan yang tahu. Memandang SNDC dari seberang jalan. Satu lagi binaan zaman dulu yang masih kukuh dan cantik. Teringin nak gi dekat tapi abang guide dah kata... 

Jom ikut sayaaaaa...

4 comments:

  1. Suka pulak akak tengok tempat ATM tu.. kalau buat kat Malysia elok tu..

    Wah lepas ni nak jejalan Tokyo pulak ye Cheq Shue.. akak nak ikut boleh :)

    ReplyDelete
  2. Wah dah ada gmbar ante..link n3 jea nti ek...

    ReplyDelete
  3. 3 dara pingitan? Jm pilih yg tenfsh boleh?
    Tokyo? In sha allah u can been there :-)

    ReplyDelete
  4. seronoknyer la cheq sue. berjalan aje.. untung jd cikgu cuti sekolah lama. tun ni nk berjalan, duk kira cuti sokmo ngan husben. cuti semput2 nk balik kampung 2-3 kali setahun ngan cuti raya je. huhuhu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]