PAGES

Friday, July 18, 2014

Dugaan Ramadhan...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Tak tahu mana nak mula. Tak tahu bagaimana nak tulis. Umumnya semua sudah tahu tentang nahas MH17 yang berlaku awal pagi tadi. Saya menerima sms pukul 1.45 pagi, tengah mamai tidur jadi saya abaikan sahaja sms berkenaan. Bangun bersahur tu saya terus online dan tengok di Awani, nampaknya memang betullah tentang sms yang diterima, yang mana telah disahkan bahawa kapal terbang milik negara MAS telahpun terhempas. Saya tidak dapat memutuskan apa sebabnya dan sangat sukar untuk dihuraikan .

Berita itu sudah tentu menuntun air mata saya tambahan pula bila melihat pasport merah yang mana pemiliknya merupakan saudara segenara kita. Allahuakbar.... Allah Maha Besar.... segala yang berlaku ini adalah rahsiaNya. Siapalah kita yang mahu menentang segala perancanganNya..

Al Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam. Buat keluarga yang terlibat... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga anda semua redho dan menerima ujian Allah ini dengan berlapang dada. Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Bila mengenangkan segala musibah ini... marilah kita bersama2 berlapang dada dan berusaha menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dengan segala suruhannya.

Allahuakbar.... Allahuakbar.... Allahuakbar....

1 comment:

  1. Masa kawan bagitau semalam pun ingatkan dia bergurau. Tapi lepas tengok Awani baru tersedar, Allah...benar2 jadi tragedi tu. Tidur pun jadi xlena. Seharian tadi layan news pasal kejadian tu. Xdapat bayangkan keadaan diorang masa kapal tu nak jatuh. Nauzubillah semoga Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]