PAGES

Friday, September 5, 2014

Biskut Alamanda

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Selain biskut almond london, biskut alamanda ni jugak wajib ada dalam senarai biskut raya saya. Pertama kali cuba pada tahun lepas, terus saja jatuh cinta. Biskut ni sangat kaya dengan rasa kekacang dan cekelat... dan ofkos la kan memenda macam tu memang feveret saya. Nak membuatnya pun sangat senang. Cuma sedikit renyah bahagian nak paipkan dengan coklat putih dan hitam tu. Masih juga mengekalkan bentuk yang sama iaitu bulat sebab mudah dan senang.



Untuk kali ni saya gantikan kacang tanah (kisar halus) dengan badam sangai. Saya tak kisar, hanya sekadar tumbuk . Dan secara jujurnya resepi menggunakan  kacang tanah kisar lebih sedap. Mungkin kalau badam sangai tu dikisar halus rasanya hampir sama. Agak ralat jugaklah bila hasilnya tidak serupa. Tapi tak menjadi masalah pun bila semuanya sudah habis di makan. Malah ada yang mengatakan biskut ni sedap. Tak apa, dah citarasa pun berbeza. Yang paling penting biskut ni memang super duper sedap pada saya...

TQ Kak Asma dan Kak Wan yang berkongsi resepi ni.


BISKUT ALAMANDA
Resipi :  Chef Asma

Sumber : Kak Wan



Bahan A
250gm mentega
80gm shortening
80gm gula kaster
2 sudu kecil cappucino emulco



Bahan B (Di ayak)
350gm tepung red rose
1/4 tsp baking powder
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
2 sudu besar susu tepung



Bahan C
100gm koko crunch di kisar halus
40gm kacang tanah - di panggang dan di kisar halus
100gm coklat rice

Hiasan : Kuning telur, coklat masakan hitam dan putih



Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan C dan uli hingga menjadi doh.
2.  Rehatkan doh selama 15 minit atau lebih.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
3.  Susun dalam loyang yang telah di gris.  Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.
4.  Sejukkan dahulu dan hias dengan coklat masakan hitam dan putih

2 comments:

  1. menarik nama biskut tu cheq sue..mesti sedap dengan campuran rasa kekacang dan juga coklat kan..

    ReplyDelete
  2. Cantik nama biskutnya... gambarnya pun lawa ah Sue :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]