PAGES

Monday, September 15, 2014

DIY : Jubah Pattern Suka Hati

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa khabar kengkawan? Selamat bercuti sekolah ya... buat emak2 dan anak2 serta keluarga yang ada di rumah tu tentunya suasana lebih meriah bila semuanya dapat berkumpul. Dan tentunya juga pelbagai agenda dah direncana untuk mengisi masa cuti ini. Saya pun begitu jugalah, sari dua ni sibuk sikit dengan kenduri di rumah emak saudara. Kemudian masa untuk menghadap lappy ni dah tentulah agak terbatas sikit. Tapi tak apa, In Sha Allah akan saya update jika ada kelapangan.

Saya rasa most of you all memang tahu yang saya ni memang suka menjahit. Pakai baju yang dijahit vs baju yang dibeli memang berbeza. Saya bukanlah tak ada beli baju, tapi kebiasaannya yang dibeli tu kompom 100% akan diubah, terutamanya part labuh baju tu. Aiiiii nak buat macam mana, tidak mencapai ketinggian standart yang dikehendaki oleh SIRIM....




Untuk baju kurung tak ada masalah, rasanya nak jahit dah tak perlu pola. Cuma untuk jubah saya kena ada panduan. Saya sangatlah suka memakai jubah kembang ala2 princess. Maklumlah dedolu mek tak beli gaun kembang2 nih, jadi bila besar barulah cari inisiatif sendiri. Saya cuba buat sendiri pola jubah kembang, tapi at the end saya rasa pelik dengan polanya. Tapi saya buat jugak sehelai, sebab kain memang dah sedia ada. Cuma kain tu tak cukup panjang jadi saya cantumkan di bahagian dada.

Hasilnya seperti di dalam gambar atas tu. Kekdahnya yntuk orang XL maka kejadiannya pun XL jugaklah. Agak puas hati jugak dengan hasil ni cuma bahagian bawah jubah masih agak labuh. Biasalah, pertama kali test pola mesti ada tempat yang kena baiki.


Kejadian di hari sebenar. Macam baik je nampak bila pakai jubah ni. Kata kengkawan, saya nampak tinggi pakai jubah ni, mungkin sebab ira kain tu berbentuk menegak. Kalau nak jahit kain yang dicantumkan di dada, next time kena buat ubahan sikit.


Ini jubah kedua versi suka hati. Oleh sebab dah tahu macam mana kejadian jubah yang pertama, maka saya oter la sikit pola . Boleh nampak yang ni dah tak labuh macam yang pertama.  Saya juga letakkan kain kosong biru sebagai pemisah antara badan dan bahagian bawah kain. Kebetulan ada beli bunga riben untuk tudung tapi saya letakkan di atas kain biru tu tadi.


Ini kejadian di bahagian belakang. He he he... siap ada tali jubah ni tau. Barulah feeling princess bila ada tali iket riben di belakang tu. Ia juga dapat memberikan sedikit bentuk pada bahagian depan. Kain biru ni saya guna lebihan kain untuk buat shawl. Untuk jubah yang kedua ni saya lebih puas hati dan selesa dengan hasilnya.


Untuk pengetahuan korang, ini adalah bentuk pola yang saya guna. Ia sebenarnya pola belakang yang saya buat berdasarkan tutorial di blog2 jahitan.Tapi tak apalah, pola depan ke pola belakang yang penting ianya boleh dipakai dan menjadi jubah dengan jayanya. Bahagian leher tu saya tebuk guna sampan baju kurung biasa saja. Yang kat dalam gambar ni dalam proses jubah ke tiga. Kali ni saya guna kain satin Vietnam dan cadangnya nak tambah dengan prada lace, tak tahu la jadi ke tidak. ^_^

Untuk pattern ni, dengan ketinggian dan saiz saya, hanya 4 meter kain digunakan. Sama dengan kain untuk buat baju kurung. Jadi, kalau sape2 yang pandai menjahit tu boleh la cuba buat jubah suka2 hati kita ni. Saya dah...anda bila lagi.

4 comments:

  1. jahit jubah mcm senag sikitkan dari jahit baju kurungkan?
    sampai ke sddah x reti jahit baju kurung.. aka x reti menjahit.. pasal dah give up menjahit..
    mak tukang ngajar garang sgt..

    suka yg ke dua tu.. kain tu x nmpk mcm baju kurung sgt..
    wat kita selai..hhiii

    ReplyDelete
  2. Cantik cheq sue, Memang Kali pertama membuatnya ada saja yg perlu Di oter kan.. good jobs cheq sue ;)

    ReplyDelete
  3. pandai cheq sue buat jubah..bestnya!!!

    saya tag cheq sue ,
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-rrsya-eyrdina.html

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]