PAGES

Friday, September 26, 2014

Sambal Pucuk Ubi PetakBunga

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya buat sambal pucuk ubi ni masa cuti sekolah lepas. Dok kampung tak ada masalah nak dapatkan pucuk ubi, kebetulan gi ke tempat Mek dan Cek menanam, dapatlah segenggam pucuk ubi, bolehlah masak sekali makan. Kalau dok sini memang kena beli la, itu pun  tak ada jual di Kg Raja, kalau pasar pagi dekat Tanah Rata tu mungkin ada.

Sambal pucuk ubi ni lebih kurang macam sambal tempoyak tu jugak cuma bezanya tak dimasukkan tempoyak tetapi ditambah dengan budu. Mmmmmm tu yang buat sambal ni lagi umphhhh, sampai makan pun bertambah.



Walaupun katanya sambal, tapi macam biasalah saya tak taruk cili banyak2 sebab tak tahan, cili kampung tu pun sekadar hiasan semata-mata. Lagi satu saya suka versi yang ada kuah2 sikit, sebab tu sambal saya ni tak kering sangat. Memang sedap ambo royak ni, make denge nasik panah2 huk alohhhh tok kaba make namboh smace. 

Ha ha ha, amacam, update kuk Klate? Apapun tq PB kerana berkongsi resepi warisan ibundanya ini...



SAMBAL PUCUK UBI KAYU
Resepi : PetakBunga

Pucuk ubi
Santan
Kunyit
Bawang merah
Lengkuas
Cili hidup
Cili kering
Ikan bilis
Dan best part: Budu

Blender semua bahan kecuali ikan bilis dan budu.
Masak je semua bahan blender dengan ikan bilis. Letaklah garam, gula dan budu.
Celurkan daun ubi separa masak.. potong comel-comel macam nak buat kerabu macam ma aku buat.
Masak sikit, campak daun ubi yang dah dipotong. Bagi dia kering sikit dan angkat. Boleh juga cincang lada burung gaulkan kalau suka lagi pedas. 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"


No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]