PAGES

Monday, September 8, 2014

Siti Murtabak Raja

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Walaupun saya ni katanya Mek Kelate, tapi saya tak pulak mengetahui asal usul kewujudan murtabak raja ni. Cumanya pada bulan puasa lalu saya sempat kirim pada kawan yang balik ke Kota Bharu. Saje je nak rasa, selalu dok dengar aje. Pertama kali makan di Pasir Puteh dulu memang tak puas. Ni kali yang kedua dihadiahkan oleh kawan sekolah atas sebab2 tertentu...


Inilah kotaknya Siti Murtabak Raja. Kalau keluaran lain mungkin kotaknya lain. Ianya didatangkan dalam dua jenis iaitu perisa ayam dan daging. Yang ayam ni kalau saiz besar RM13, kalau yang daging tu tak pasti pulak. Jangan kisahkan harganya tu... sebiji saiz ni boleh makan dua kali.


Dibungkus kemas dengan plastik diluar dan di dalam untuk simpanan lebih lama di dalam peti sejuk.


Bila nak makan, panaskan sahaja di atas kuali leper ataupun masukkan dalam oven. Nampak tak tebal lapisan murtabak serta kandungan isi di dalamnya. Perghhh... memang puas hati sengoti dapat makan ni.


Kuah ni memang superb. Kalaupun masih berbungkus elok di dalam plastik, namun baunya memang menggoda. Tak tahulah apa kandungannya. Kalau dibandingkan dengan kuah murtabak biasa tu yang ni tak masam sangat. Agak manis2 sikit rasanya. Bila digandingkan dengan murtabak yang penuh isi tu memang kenalah ibarat irama dan lagu.

Murtabak ni saya kira mungkin dah ada dijual dibandar2 besar. Kalau nak tanya saya di mana nak dapatkan murtabak ni saya memang tak tahu. Kalau nak riki bolehlah ushar no phone kat kotak tu.

8 comments:

  1. Payah nak jumpa ni. Setakat hri ni..mmg tdk pernah ketemu....

    ReplyDelete
  2. lalu kt wakafbharu ada juga jual..
    bnyk juga tmpt jual nya skrng ni.. tp x pernh try lg

    ReplyDelete
  3. nampak best dan sedap tu cheq sue..nyum2

    ReplyDelete
  4. aritu ada jgk beli murtabak raja 1 pek rm10 tp tak la setebal n sebesar itu...

    ReplyDelete
  5. salam saya adalah dealer untuk murtabak seperti didalm blog ni berminat blh wassap saya 0129302256

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]