PAGES

Wednesday, October 8, 2014

Burgerbyte, Bandar Baru Tunjung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah agak lama jugak saya tidak makan di luar. Kalau di CH, biasa makan di rumah saja. Bila hujung minggu pun hanya lepak di rumah tak ke mana-mana. Termakan di Burgerbyte, Bandar Baru Tunjung ni pun secara kebetulan. Saya dan adik sebenarnya nak ke Bangunan Jaafar Rawas, tetiba bila masuk simpang terus nampak signboard ni. Kebetulan jugak sebelum tu saya dah tengok sekali imbas di blog DJ (tapi tak baca penuh), tu yang saya terus je nak cuba. Sambil2 jugak mengisi perut yang memang tengah lapar.


Standart papan tanda di Kelantan, selain tulisan rumi, wajib ada tulisan Jawi. Gambar kelabu asap sebab tengah nak hujan.





Banyak jugak makanan dan minuman yang ada, kebanyakannya western. Memula duduk tu terfikir jugak macam tak ada orang nak layan, rupa2nya kena self order dekat kaunter.


Saya tak tahu pun Burgerbyte ni Zizan yang punya. Kesian kan? Dah tengok dekat papan iklan tu barulah tahu. Tak ikut perkembangan rupa2nya...


Ini yang saya order. Spagetti lamb bolognese. Rasanya boleh la tahan. Bila makan lamb tu saya rasa sedikit masam, tapi tak tahu daripada mana. Rasa terlebih masak pun ada. Tapi bagi saya, kuah bolognesenya tu rasa pedas sikit, dah takleh rasa, takleh fikir sedap ke tidak... bagi orang yang suka makan pedas mungkin rasanya tu belum pedas lagi..


Ini pulak yang dipesan oleh adik saya, original beef burger. Rasanya pun boleh tahan. Sebab dah terlalu lama dok pekena burger dua ringgit kat tepi2 jalan tu kan, agak pelik jugaklah bila makan burger yang dah diupgrade dah ni.


Untuk makan berdua, harganya seperti dalam resit. Tak ada tax /  cukai. Agak boleh tahan jugaklah pada saya. Cuma satu yang ralatnya, saya order air suam sampai ke sudah tak hantar, mungkin sebab air free kot.... Untuk sesape yang ada di kawasan berhampiran, boleh la cuba makan dekat sini. Asyik telan budu dan nasik aje, apa salahnya sesekali makan guna garpu dan pisau pula... *_*


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. harga berpatutan jgk... tang takde tax tu yg best tuh

    ReplyDelete
  2. salam singgah .. wah nak kena pergi nih.. berpatutan jugak harganya ...

    ReplyDelete
  3. salam cheq sue.. tak perasan kewujudan kedai nih. baru buka ke?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]