PAGES

Tuesday, October 14, 2014

Pantai Rhu Sepuluh, Setiu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya singgah di Pantai Rhu Sepuluh ni semasa balik dari mesyuarat di Terengganu. Memang menjadi kebiasaan saya sekiranya ke Terengganu akan melalui jalan pantai. Kiranya ini adalah laluan utama jalan pantai dari Kelantan ke Terengganu. Ikut jalan pantai ni lebih rilek sikit, bawa kereta slow2 sambil layan perasaan.........

Jomlah layan gambar, walaupun tak berapa nak puas hati sebab dua2 lense saya kena fungus, tak dan lagi nak bawak gi kedai... -_-





Masa saya singgah tu, tak ada orang pun, mungkin sebab masih pagi. Jadi syok sikit la nak menembak, nak koya2 feeling ala2 Kuch Kuch Hota Hain ataupun You Jump I Jump! Saya ni bila dah jumpa pantai mula la.... perasan jalan kat gigi air pastu bawa kasut tumit tinggi kat tangan, pakai skirt kembang, terbang ditiup angin, pastu pakai topi, ada bunga2..........huarggghhhhh ####penyakitkronik!


Yang sebenarnya pantai ni lebih kurang sama saja. Ada pasir... ombak... sampah sarap.... (tapi kat pantai ni bersih sangat, terjaga)


Pantai yang landai...



Kutinggalkan jejak di pasir lembut ini
Mengharapkan agar bayu membawa pesanku pergi
Rasa yang bercampur
Ingin sekali aku nyatakan
Sesungguh aku merinduimu....


Taman permainan ada dua tempat. Memang sesuai nak bawa kanak2 datang melepak kat sini. Mak dan ayah boleh dok mengorat sambil tengok anak2 main buai.


Saya tak tahu pulak berapa panjang pesisir pantai ni. Kiranya saya duduk tengah2 dan laluan yang ada dalam gambar ni adalah pada bahagian permulaan.


Perahu nelayan tersadai di daratan. Sangat sinonim kan... siap ada nombor plat lagi tu. Di kawasan ni juga ada tempat pendaratan ikan. Kalau nak dapat ikan fresh boleh la datang sini. Masa saya ambil gambar ni ada dua pakcik tengah dok sembang bawah pokok, macam nak gi sembang jugak tapi rasa segan...


Di sini juga ada pasar ikan. Pastu ada tempat makan2 ICT, ada stesen minyak... eh banyak lagi lah kemudahannya.

Kalau kengkawan ada lalu kat sini boleh la singgah...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Indahnya pemandangan..mood rileks kalau dapat pegi sana..

    ReplyDelete
  2. tenangnya dapat tengok pantai..=)

    ReplyDelete
  3. Mcm ku kenal jea selipar hijau tu...

    ReplyDelete
  4. Laluan dari Kelantan ke Trengganu lalu pantai mmg menenangkan. Kakpb suka pantai Trengganu.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]