PAGES

Sunday, November 16, 2014

Belenggu #5 ~ Kepala...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Kepala Gary terasa berdenyut-denyut. Bisa. Dia gagahkan diri ke kolej. Ada sesuatu yang menunggunya di sana. Bunganya Alia. Tak tahu kenapa Gary amat sayangkan dia.



Rambutnya paras bahu mayang mengurai. Pipinya bak telur dikupas. Bibirnya bak delima merekah. Hidungnya yang agak mancung amat menarik. Segala-galanya menarik. Tapi sebelum itu Gary ke Aziera’s Florist. Dia membeli 12 kuntum bunga ros merah tanda cintanya pada Alia. Dia bercadang untuk mengajak Alia dinner. Sebenarnya dia tidak tahu mengapa Alia berada di KTAJ. Apa kaitannya? Student baru ke? Pelbagai persoalan membengkak di minda Gary. Namun suatu hari nanti Gary pasti dia akan tahu.
Sampai di kolej…Gary menggamit secretarynya Jessica. Bunga dan kad diberikan kepada Jessica supaya diberikan kepada Miss Alia. Jessica patuh. Dia melangkah ke office. Gary senyum dan menapak yakin ke kelas.
“Gary petang ni kau free tak?” Tanya Linda, awek yang baru dikenalinya tiga hari itu.
“Kenapa?”
Riki disebelahnya cuma terdiam.
“Takde apa. Sebenarnya aku nak ajak kau temankan aku shopping.”
Shopping? Sorrylah Lin. Aku ada rancangan. Lain kali saja ya.”
Linda mengangkat bahu. Dia berlalu pergi. Hampa. Riki mengangkat kepala dan memandang sekilas kepada Gary. Apa dah jadi dengan Gary? Biasanya dia akan menerima semua ajakan awek-awek tapi kenapa? Entahlah…
Gary pun bukannya tidak mahu menerima ajakan Linda tetapi dia mahu setia kepada Alia! Dia tidak mahu menjadi romeo lagi. Lagipun dia perlu belajar untuk menghadapi STPMnya tidak lama nanti. Kehancuran cintanya dengan Beth pun sebab study, so dia tidak mahu perkara ini terjadi dalam perhubungannya dengan Alia. Please!!
“Gary..bangunlah. Teacher sana tu.” Riki menyiku lengan Gary. Nampaknya dia khayal lagi. Gary bangun dan memandang ke depan.
Oh My GOD…my flower Alia!
Gary buat-buat tak tahu.
Ucapan mengalu-alukan Miss Alia dibuat. Now…time to introduce. Hari tu Alia mengenakan kebaya satin putih yang sungguh menawan. Rambutnya disanggul. Dahinya yang putih itu ditutupi dengan anak-anak rambutnya yang hitam. Gary menelan air liur.
“Saya sebagai pengganti Puan Marina akan mengajar di sini selama tiga bulan. Subjeknya you all dah tahukan… Pengajian Am. Saya harap you all dapat menerima kedatangan saya di sini.” Terangnya di mula waktu orientasi.
Student ERAS mengangguk dan ada yang senyum. Alia masih belum nampak Gary.
“Siapa nama cikgu?” Jessica bangun.
“Nama saya? Tak tahulah. Awak carilah sendiri ya.”
“Cikgu…please.” Jessica merengek.
“Ummi Alia Marleesa…” Gary menyampuk dari belakang. Dia senyum.
Student ERAS berpaling ke arah Gary yang tersenyum kambing. Miss Alia pun memandang ke arahnya. Dia terkeju. Mungkin tidak sangka yang Gary study di situ. Gary memandang Alia dengan renungan yang bermakna. Dia mengangkat kening dan mempamerkan senyum lelakinya. Kini dia dah tahu satu perkara.
Masa demi masa berlalu. Sehingga loceng akhir berbunyi, Gary masih semangat untuk study. Semuanya  kerana Alia. Kebetulan hari itu Riki terpaksa ke Seminar Fotografi, terpaksalah Gary balik seorang. Dia membawa Porche hitamnya keluar.
Kenapa Alia jalan kaki?
“Hai Alia. Naiklah.” Ajak gary ikhlas.
Alia duduk di sebelah Gary. Aroma perfume Secret merawangi ruangan keretanya. Alia senyum memandang Gary. Gary membalas dan memecut pergi.
“Alia, malam ni you free tak?”
“Malam ni? Kenapa?”
“I nak ajak you dinner.”
“Boleh.”
“Okey. Malam ni I jemput you pukul 8. Tunggu ya.”
Alia cuma mengangguk.
Yess…
Gary amat gembira.
Malam tu..
Gary dah siap berpakaian jeans hitam dan baju putih. Rambutnya disikat elok-elok. Dia senyum seorang diri di depan cermin besar dalam kamarnya. ROLEX di tangannya menunjukkan pukul 7.45 malam. Dia menghidupkan  porchenya dan menuju ke rumah Alia.
Alia telah siap menunggu. Mama dan papanya tiada di rumah.
“Hai Alia.” Gary senyum dan membukakan pintu kereta untuk Alia.
Si gadis tersenyum. Alia mengenakan blaus malam berwarna putih dari kain sifon. Rambutnya diikat. Dia nampak anggun.
Gary mengarahkan kereta ke Pacific Hotel. Meja telah ditempah. Hatinya berdebar-debar. Sampai di hotel, Gary beriringan dengan Alia.
Alunan muzik dari tiupan saxophone amat syahdu. Steak daging dihidangkan. Alia tunduk. Malu.
“Apa yang you nak cakapkan dengan I?” Alia memulakan.
“Sebenarnya…I, I fall in love with you Alia!” Ucap Gary berani.
“Gary???” Ulang Alia sekali lagi untuk kepastian.
Gary mengangguk dan tangan Alia  dikucupnya. Mereka tersenyum.
Kini bermulalah episod cinta baru dalam diri insan yang bernama Gary…

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]