PAGES

Monday, November 24, 2014

Kek Lapis Red Velvet Cheese

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dah lama sangat nak try kek lapis RVC ni. Kalau RVC yang kita selalu buat tu merupakan kek feveret saya, maka versi kek lapis ni pastinya mempunyai kisah yang berbeza. Kalau di kira2 memang dah lama saya tak baking kek... kadang3 mood ada tapi bahan tak ada. Bila cukup bahan mood pula entah ke mana2...

Macam biasalah, saya buat kek ni separuh sukatan sahaja. Dan sudah pasti rasanya memang sedap kerana RV dan cheese ibarat irama dan lagu yang saling melengkapkan satu sama lain. Buatlah cara macam mana pun keduanya akan serasi bersama.



Rasanya saya takyah la terangkan dengan lebih lanjut, sebab semuanya dapat meneka sejauh mana rasa kek ni. Cuma yang terhasil ni agak terlebih moist mungkin kerana saya menggunakan buttermilk (cuka kurma dan susu) manakala resepi asal menggunakan yogurt.

Pastu saya memang tak puas hati dengan lapisan kek dan cheesenya. Tak tahulah kenapa, padahal untuk setiap lapisan tu saya dah asingkan mengikut jumlah yang sama. Saya terperasan yang oven saya rendah sebelah, mungkin itulah sebabnya. Bila dah tinggi sebelah tu mesti dapatan haba pun tak sama ye dok...

Walau apa pun akhirnya dah dapat jugak rasa kek lapis yang sedap ni. TQ pada sumber Kak Alongroz dan yang lain juga...


KEK LAPIS RED VELVET CHEESE 
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: original by Sury Abil, shared by SeleraSakura

LAPISAN RED VELVET:
250g Mentega
5 biji Telur gred A
235g Tepung Gandum*
2-3 sb Serbuk Koko* (* ayak bersama)
175g Gula Kastor
150g Susu Pekat
1 cwn (135g) Mixed Berries Yogurt - saya bancuh susu segar dengan cuka kurma
1 st Ovallette
Pewarna Merah 

LAPISAN CHEESE:
500g Cream Cheese
3 biji Telur gred A
120g Gula Kastor
1st Esen Vanila

CARA2:
1. Red Velvet: 
Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang.
Masukkan ovallette, telur satu persatu, putar sehingga sebati dan kembang.
Masukkan susu pekat manis dan putar lagi sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan serbuk koko yang sudah diayak. Putar sehingga semuanya sebati dengan kelajuan yang perlahan.
Campurkan yogurt bersama pewarna merah, gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi, putar lagi dengan kelajuan yang perlahan sehingga adunan bertukar warna merah sepenuhnya.
2. Adunan Cheese:
Putar cream cheese & gula sehingga lembut & sebati.
Masukkan telur dan esen vanila; putar sehingga sebati.
3. Bakar selapis2 dengan api grill.
Mulakan dengan dua lapisan red velvet, selapis cheese & ulang sehingga habis.
(Resepi asal 3 red velvet / 1 lapis cheese). 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. mengidam plk.. xreti nak bt ..
    biasa beli dekt SR je red velvet ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. sodapnyer... naper lah akak tak ngajar kt sekolah dekat2 opis nih... senang skit nk oder heheheh

    ReplyDelete
  3. rajin cheq sue melapis.. tun nih kan, pelik sket sbb setakat nih blom ada rvc yg menepati selera tun.. huhu.. pelikkan.. xtau mana silap.. agak2 kene rasa rvc yg cheq sue buat kot :)

    ReplyDelete
  4. Tq kerna mencuba.pd sy lebih baik guna yogurt sbb teksture yogurt lbh pekat mmg sesuai utk kek lapis jenis bakar mcm ni.😉

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]