PAGES

Friday, November 7, 2014

Mimpi Indah Travel 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hai semua... Tengok tajuk pun dah tahu whats the koya I am. Bukan apa, bak kata blogger Azra, IT NEVER HURTS TO DREAM. Seperti juga tagline blogger LD, DREAM AS MUCH AS YOU CAN... Jadi selagi perbuatan itu tak menyusahkan sesiapa, koyalah sehingga ianya menjadi nyata.

Yes, kalau saya yang kenal saya, memang tahu bahawasanya saya memang suka berjalan. Maklumlah, ada tahi lalat di kaki kanan ni. Kalau My Mek dia kata suka berderak. Tapi sesuka saya tu pun, seorang2 diri memang tak lepas, kerat 4 bahagian pun saya tak nak jalan sensorang. Even nak gi KB pun saya berteman. Kecuali la time kena gi meeting tu takkan nak angkut co pilot jugak kan...




Nah... sebagai seorang penjawat awam yang kerja di bidang pendidikan, saya sangat2 bergantung kepada cuti sekolah untuk ke mana2. Tahun ni dah buat dua trip, kalau ada rezeki hujung tahun ni menunggu lagi satu. Harap2 la jadik. Bila difikir2 balik, tahun ni jugak tak pandai lagi nak fikir pasal travel, bab backpack, travel buddy... tapi tahun depan In Sha Allah...

Walaupun tahun depan dijangkan keadaan ekonomi saya agak merosot sikit kerana projek mega, tapi saya dah mula saving dari tahun ni. Main kutu, masuk duit dalam botol, letak bawah bantal... (ehhhh.....) Secara jujurnya saya tak riki lagi kalendar cuti tahun depan, sekadar jeling2 manja je dulu. Tapi mimpi tak sudah2...

Nak tahu ke mana saya nak pegi?

1.  KOREA (MUSIM BUNGA / MUSIM LURUH)

Asal sibuk sangat nak gi Korea? Entah... rasanya ramai yang berfikiran macam saya, mungkin kerana budayanya atau keindahan musimnya. Saya memang alah sikit dengan Korea ni. Patutnya tahun ni saya boleh pegi waktu musim luruh, tapi silap perancangan sikit... maka jadilah perancangan Allah yang terbaik. In Sha Allah saya merancang untuk awal musim bunga (cuti sekolah bulan Mac) ataupun musim luruh (cuti Oktober). Saya sebenarnya tersangatlah jeles dengan kengkawan yang cutinya tak terhad, bukan tak ada limit, maksud saya boleh bercuti bila2 mereka mahu. Macam saya cuti rehat khas hanya 7 hari, itu pun takleh nak ambil terturut. Bila sampai cuti sekolah biasanya tak kena dengan musim, ataupun  tiket pulak jadi mahal.

Untuk tahun depan ni, kalau saya takleh pegi sendiri, saya nak cuba pulak dengan pakej ground. Mesti lebih murah kan. Walau bagai mana pun, saya nak jugak join kalau ada sape2 yang nak pegi, yang kena dengan masa cuti saya. Kalau ada yang memerlukan travel buddy just email me okeh. Kita boleh bincang...


Teringin sangat nak tengok sakura... Masa gi Beijing, berkesempatan tengok cherry blossom dah. Walaupun dua jenis bunga ni lebih kurang sama, tapi feelingnya mesti lain2 kan..


Kalau agak2 tak mampu sampai masa musim luruh, balik ke Kelantan time pokok getah meluruhkan daun, dah lebih kurang sama tu... hu hu hu. Kalau travel musim ni, feelingnya mestilah Autumn In My Heart kan. Errr, musim luruh ni kalau tak jumpa dekat Korea, tengok dekat Aussie pun boleh ye dak? 0_0    [fieza.net]

2. JEPUN

Cite pasal nak gi Jepun ni memang rasa macam jadi sungguh je. Saya siap cari itinerary, pastu email orang sana sini, pastu cari sape yang nak gi. Baca blog orang yang dah sampai sana. Aihh macam kena penyakit kronik la bila cite pasal Jepun nih. Tahun ni ramai sungguh blogger yang dah sampai sana. Macam2 info depa kongsi. Rasanya tak la payah sangat nak gi sendiri. 


Kalau tak mampu nak jejak ke sini, dah ada dah sekeping gambar pemberian kawan yang gi sana. Sadis tak???

3. BALI @ LOMBOK

Bali ni memang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat saya dok menyebut nak gi. Dulu feeling Bali as tempat honeymoon. Ha ha ha... Bulan 6 bebaru ni, masa baru kerkenalan dengan laman web AA, saya ada riki2 tiket, agak murah jugak masa tu, dah plan nak ambil untuk dua orang, tapi sayang amaun dalam bank tak cukup -_- pastu pulak tak ada kekuatan nak travel berdua, masih rasa takut2. Sudahnya sampai sekarang masih rasa ralat sebab tak ambil tiket tu.
 
 Syok kalau dapat tengok depan mata.


Apa ada di Lombok? Tak takut dilarikan orang? Lorrr, asal lak nak fikir camtu. Kita nak gi satu2 tempat ni bukan niat nak buat tak baik. Pegi pun nak tengok tempat orang, mensyukuri ciptaan Ilahi. Walaupun keadaannya mungkin saja hampir sama dengan tempat kita, sudah tentulah masih ada yang berbeza. Saya tengok dalam tv, Lombok yang bersebelahan saja dengan Bali memang cantik dan terkenal dengan pantainya.  Ramai jugak yang dah sampai ke sini, jadi apa nak takut. Selagi diorang paham cakap kita, dan kita pun tak pening dengan mereka, go on bebeh...

Ada yang nak ajak saya gi Bali? Lombok mungkin....

4. SIEM REAP

Sebagai seorang yang sukakan keindahan alam serta kecantikan hasil seni, Siem Reap adalah satu destinasi yang mesti dikunjungi. Di sana ada banyak tinggalan sejarah, Angkor Wat semestinya.


Melihat keindahan seperti gambar poskad. Lagi puas hati jika tengok sendiri..

Ataupun menikmati pemandangan indah matahari terbit seperti yang dilalui LD ni? Aiiii tak mampu nak cerita dengan kata2... hanya hati di dalam yang tahu

5. PERLIS

Kita citer bukan nak gi jenjalan naik kapal terbang aje, dalam negara pun teringin jugak. Saya sebenarnya teringin sangat nak gi Perlis. Kalau nak tahu saya dah open file untuk trip Perlis ni tapi tak pegi jugak. Plannya nak pi masa raya Cina tapi fikir2 takut jem, maka trip ni hanya tinggal impian saja. Tahun depan In Sha Allah boleh proceed kot. Co pilot dah setuju tu. Trip dalam negara, cakap Kelate pun takpe, jadi jangan risau..


Perlis mu tunggu aku datang....

6. PULAU REDANG

Pulau Redang ni kiranya opsyen la kalau takleh gi Bali atau Lombok. Boleh gitu?

Saya pernah sampai ke Pulau Perhentian... dan ianya memang owesome. Memang rasa nak repeat lagi, cuma tak tahu la bila. Nak kena open file jugak ni nampaknya. Pengalaman snorkeling memang sangat indah, dengan ketakutan dan minum air laut, sesungguhnya saya ingin mengalaminya semula.


Wink** wink**

Walau bagai mana pun, sebanyak mana pun perancangan yang saya buat, semuanya hanya akan berlaku dengan izin Allah. Bergantung pada masa cuti saya, tahap kesihatan diri dan jugak ketebalan poket yang saya ada, pastu dengan keberanian dan keyakinan saya.... ini cuma sekadar mimpi yang entah bila akan menjadi nyata...

Errr... pada kengkawan yang follow blog saya ni di bawah label "Travel Blog".... saya sebenarnya segan, malu, sebab saya tak la travel sangat. Blog saya ni campur2 macam rojak pasembor....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. teringin nak pg korea sbb terpengaruh bila tengok drama korea tu & jugak sebab antara peminat RM..tengok tempat dia cantik2, bersih & semestinya sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak gi Korea nanti hello2 la CV...mana tau boleh gi sesame

      Delete
  2. hehe.. saya doakan agar segalam impian Cheq sue tercapai. Takpe pelan-pelan memula, yang penting impian tetap ada sebab tu menjadi penguat semangat kita untuk travel.

    Cheq sue tak perlu segan, personally saya suka baca blog ni sebab ada banyak share resepi makanan yang menggiurkan. Indirectly berjasa besar blog ni untuk orang macam saya, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi saya tak seberani LD yang boleh je ke sana sini seorang diri... hu hu hu

      Delete
  3. Replies
    1. Abe MKL, memang nak gi sangat 3 tempat ni, cuma sampainya tidak -_-

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]