PAGES

Friday, November 21, 2014

Trip Kem Bersepadu '14 - Hutan Paya Laut Matang #3

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Daripada tempat letak kereta Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang, kami memulakan perjalanan (atau lebih tepat perkataan penjelajahan) ke Hutan Paya Laut Matang melalui laluan pelantar jalan kaki yang disediakan.  Cuma laluan tersebut agak basah dan licin, mungkin disebabkan kerana hujan pada sebelah malamnya. Jom tengok apa dapatan di sana...



Di permulaan laluan, ada papan tanda dan maklumat tentang HPLM serta bagaimana biodiversitinya. Tengok camtu pun dah nampak menarik kan...


Di sepanjang laluan pelantar jalan kaki tu akan ada singgahan seperti di dalam gambar di atas. Saya tak pasti pulak berapa jauh perjalanan kami untuk ke jeti. Kira2 ni jalan2 sambil tengok alam sekitar aje la. Tengok pokok2 bakau.


Pokok bakau dengan akar jangkang. Saya sebenarnya agak berminat dengan kawasan persekitaran begini kerana ianya sangat menenangkan. Kalau kita semua tahu tentang ilmu pasal paya bakau ni, kita pastinya akan tahu betapa pentingnya kawasan ini kepasa kehidupan manusia.

Secara ringkasnya pokok bakau menjadi penampan utama di pinggir laut atau muara sungai, yang menjadi agen penyerap hakisan ataupun hempasan ombak. Selain itu ianya menjadi habitat pada banyak kehidupan samada kehidup akuatik ataupun mamalia dan serangga.

Errr... agak2 kalau soalan Biologi, boleh pass tak ni?


Anak pokok bakau kurap, masih kecil untuk dibezakan. Di sini yang banyaknya adalah bakau kurap dan bakau minyak.


Bebudak dan cikgu sedang berjalan. Kemain laju le deme ni... saya tertinggal di belakang sebab sibuk nak tengok keliling... nak ambil gambar... pastu nak sedut udara nyaman puas2... jauh ke dalam paru2 saya. Lebih lagi boleh feeling2 ala jalan ngan pakwe gittew.. 
#penyakitkronik


Foot checked dengan benih bakau minyak. Nampak tak betapa basahnya papan2 laluan tu... jalan memang kena hati2 lah sebab terlampau licin, kejap2 kena brek kecemasan.


Nampak tak ketam tu? Tuuuuuuuuuuuuuuuu, kat tengah2 gambar, tepi batang kayu tu. Aiiii saya rasa mesti best bila dapat tangkap ketam tu sendiri, takpun main kejar2 dalam tanah berselut. Tapi sayangnya kita takleh la nak buat sembarangan... Bila dok sibuk2kan ketam ni, dengar ada pekerja kat situ sebut namanya ketam manik. Agak2 kalau buat megi ketam sedap tak? He he he...


Yang ni pulak nampak tak ikan tembakul? Eh ya lah... ikan tembakul pacam dalam citer Batu Belah Batu Bertangkup tu. Kata kawan saya, masa kecik ikan ni dipaggil belacak, bila besar panggil ikan tembakul. Saya tak pasti pulak betul ke tak fakta tu. Kalau ikan belacak memang banyak la kat sii. Yang dalam gambar tu memang saiznya agak besar jugak walaupun hanya nampak kepala. Badannya dok dalam air.


Pusat Interpretasi HPLM ni kami singgah selepas balik dari menyusur sungai sebenarnya tapi saya rangkumkan terus ke dalam n3 ni sebab taknak campur dengan n3 lain. Di sini, lebih kurang sama la dengan tempat penerangan dan pameran. 


Semasa melihat di pusat interpretasi ni, kami diberi penengan oleh pekerja Jabatan Perhutanan Negeri Perak, tapi maaf saya tak pasti pulak siapa namanya. Cuma saya dapati PR mereka ni sangat bagus. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan budak2 pun tekun je dengar.

Bila dah siap di sini, kumpula saya menuju ke tempat semaian bakau pula....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]