PAGES

Saturday, December 13, 2014

Belenggu #14 ~ Leesa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



“Leesa… Farouk datang ni. Leesa, turun sayang.” Laung Datin Syabillah kepada anak tunggalnya.
Farouk Isqandar bertandang ke rumahnya pada satu hari minggu. Mama dan papanya melayan ‘setan’ itu dengan baik sekali. Sesungguhnya mata mereka sudah kabur, kabur oleh pangkat dan harta.
Alia melangkah turun. Di tangannya tergenggam satu roll gambar. Dia cuma memakai T-shirt dan bermuda aneka warna. Datuk Quzair merenung tajam ke arah Leesa namun gadis itu berlagak selamba. Dia melabuhkan punggung di sofa dan bersila di atasnya.
“Leesa, kenapa dengan kau ni?” Datin Syabillah menegur keadaan Alia.
Datuk Quzair memandang Datin Syabillah. Dia mengangguk.
“Duduklah dulu Farouk. Uncle dan auntie nak ke atas. Berbual-buallah dulu dengan Leesa.”
Pasangan suami isteri itu berlalu pergi meninggalkan Alia bersama Farouk.
Inilah masanya Farouk!
Bisik Alia dalam hati.


“Apa kau nak?” Soalnya keras.
“Aku cuma nak ajak kau keluar. Shopping, tengok wayang, makan-makan. Takkan itu pun tak boleh?” Farouk membalas lembut.
Alia tersenyum sinis.
“Oo…  shopping, tengok wayang, makan-makan… lepas tu kau ‘makan’ aku pula ye! Depan parent aku bolehlah kau bersandiwara tapi dengan aku no way man!” suara Alia semakin tinggi. Marah.
“Apa kau cakapkan ni? Aku Cuma nak ajak kau keluar. Kau kan tunangan aku.”
“Tunang? Siapa cakap? Aku tidak pernah menganggap kau sebagai tunangan aku. Aku tak ingin nak bertunang dengan setan macam kau ni!”
Perang mulut antara mereka masih berlarutan sehingga mengundang pasangan Datuk dan Datin di kediaman itu.
“Leesa, kau tahu tak dengan siapa kau bercakap tu? Kaut tahu tak? Kau langsung tak menghormati dia.” Datuk Quzair  memarahi Alia. Satu tamparan hinggap di pipinya.
“Buat apa Leesa nak hormatkan setan yang bertopengkan manusia ni! Mama dan papa cukup menghormati dia tapi adakah dia pernah menghormati mama dan papa, menghormati Leesa? Tak pernah papa, tak pernah.” Balas Leesa nyaring. Dia bersemangat. Tiada air di kolam matanya. Nyata dia begitu tabah.
Farouk diam menikus. Dia begitu tewas pada kali ini.
“Cuma kau yang tak pernah merasa begitu Leesa. Kau terlalu bencikan dia. Kau nak dia buat apa lagi?” Mamanya cuba meyakinkan Alia.

           Farouk menganggukkan kepalanya, membenarkan.

“Memang Leesa bencikan dia. Memang Leesa tidak merasakan demikian tapi Leesa ada maruah. Leesa tak mahu maruah Leesa tergadai hanya kerana dia. Kau orang berada, kacak dan punya personaliti tapi jangan ingat kau boleh tundukkan aku dengan semua itu.” Leesa membalas kata-kata mamanya sekaligus menyindir Farouk. Dia menggenggam kemas gambar-gambar yang di ambilnya.
“Kau ada bukti menuduh dia begitu?” Tanya Datuk Quzair.
Farouk masih tidak bersuara dan membiarkan Datuk dan Datin itu membelanya.
“Mengapa tidak?”
Alia melemparkan berpuluh-puluh keping gambar yang diambilnya minggu lepas.
“Mama dan papa masih tak percaya? Leesa tak takut menghadapi semua ini kerana Leesa tahu Leesa berada di pihak yang benar.” Katanya lagi sambil berlalu pergi.
Farouk tidak sedap duduk. Gambarnya sewaktu di You & Me Disco and Pub memang teruk. Malam tu dia mabuk. Dia memejamkan mata. Baru sekarang dia sedar tidak semua perempuan itu sama.
Datuk Quzair dan Datin Syabillah menyelesaikan peristiwa itu bersama Farouk sehingga lelaki itu merasa sesak nafas. Datuk Quzair memang marah. Tak disangka madu yang dipilih racun yang dibalas.
Alia sudah pun turun semula dan kini dia bersiap dengan pakaian lebih formal.
“Kau nak ke mana?” Tanya Datin Syabillah.
Alia tidak menjawab. Hanya satu impiannya kini, untuk bertemu dengan Ikhwan. Dia akan mencari kebahagiaannya…
 
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]