PAGES

Friday, January 9, 2015

Belenggu #17 ~ Malam Minggu...

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Malam minggu…
Alia termenung di halaman merenung bintang-bintang yang bertaburan. Air mata mengalir di pipinya. Dia melihat pula potret Ikhwan yang sedang senyum bersama di sisi porchenya. Alia mengeluh…



Malam ini tak ingin aku sendiri… kucari damai bersama bayanganmu…




Lirik lagu yang berkumandang di kamarnya waktu itu bagaikan tahu hatinya. Dulu lagu yang didengarnya itu sekadar lagu namun kini ia menjadi sendu.
Malam ini rindunya kepada Ikhwan tidak tertahan. Selalunya pada malam minggu mereka akan keluar bersiar-siar sambil melafazkan kata-kata sayang. Namun malam ini ianya tidak berulang lagi.
Entah bagaimana Ikhwan sekarang. Alia merenung telefon putih di sisinya. Dia menanti panggilan Riki yang diminta menyusuli Ikhwan. Segala urusannya ditanggung. Dia tidak mahu apa-apa kecuali Ikhwan. Hanya itu…
Datuk Quzair dan Datin Syabillah tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Memang selama ini mereka buta.
Alia masih lagi ditempatnya. Melayan hatinya yang kian bergetar. Sesungguhnya dia amat menyayangi Ikhwan. Dia pernah merasakan betapa pahitnya kasih yang terlerai sewaktu menjalinkan hubungan dengan seorang model hebat. Namun setelah dia bersua dengan Ikhwan, segalanya berubah. Dia mulai ceria dan berubah laku. Tapi kini kenangan lalu berulang lagi. Umur tidak menjadi penghalang namun takdir sudah menentukan. Betapa sukarnya meluahkan perasaan di hati…
Kring… kring… kring…
Alia berdebar. Telefon itu segera diangkat.
“Hello…” Ucapnya cemas.
“Alia ya? Ini Riki.”
“Bagaimana dengan Ikhwan?”
“Lia, aku harap kau tabah mendengar apa yang akan aku katakana ini. Sebenarnya, Wan… Ikhwan dah meninggal!”
Alia melopong.
Meninggal???
“Adakah kau pasti Riki?” Tanya Alia dalam nada yang mengharukan. Dia tersedu.
“Aku tak bohong. Dia meninggal dua jam sebelum aku sampai. Sabarlah Lia.”
Gagang telefon terlepas dari tangannya.
Wan…
Alia menjerit dan selepas itu dia terkulai layu di sisi potretnya bersama Ikhwan…


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]