PAGES

Sunday, January 4, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Daepohang Fish Market #6

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masih berkisar tentang ceritera musim sejuk.Maaf la kalau jemu membaca ulang2 dok sebut sejuk..sejuk..sejuk... Ai nak buat macam mana, udoh memang sejuk bebenor yeop weyhhhh...

Untuk destinasi seterusnya ni, berdekatan dengan East Sea (Laut Timur). Katanya macam pasar ikan gitulah. Dah namanya pun ikut trip kita layankan aje... Masa ni walaupun dah tengah hari dan mentari terik memancar, angin laut tersangatlah sejuk sampai ambil gambar pun sambil gigit gigi. Acaner tu???

Jom tengok2 gambar di sekitar Pasar Ikan Daepohang ni...


Ikan yang sedang dijemur. Jangan tanya ikan apa...




Sotong pun ada... Bila ambil gambar ni kawan2 tanya, ni takde ke kat Malaysia. Kalau ada pun nak kata camana, memang tak pernah jumpa..


Jakun bila tengok sotong hidup dalam tangki ni. Ha ha ha...


Adik tu kata ikan jail, sebab pakai baju banduan. Haaaa boleh pulak gitu ya...


Lobster dengan ketam. Meleleh tengok gambar ni, rasa macam nak bawa balik je buat tomyam...


Ikan kering gamaknya ni..


Masuk ke bahagian dalam, tempat jualan hasil goreng2 makanan laut. Goreng tempura katanya... Andy kata makanan di sini halal sebab guna minyak kacang.


Tertarik dengan sotong sumbat ni, di dalamnya ada nasi


Ajumma tuan punya gerai. Senyum je dia bila semua orang serbu, memang masyuk la haritu. Saya beli sotong tempura 3 ketul - 4k won dan udang tanpa kulit sekor 1k won (x5). Sedap la makan panas2 tapi yang tak kicknya sebab xde sos.


Jakun sekali lagi bila tengok ikan kering berpintal dengan tali ni. Sokmo tengok dalam Running Man aje.


Pesisir East Sea... tetiba saya teringat satu scene dalam Love Rain, entah di mana la tempat mereka shoot to ya...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. Wana pun jakun juga ni kalau nampak sotong hidup..hihi.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jakun sangat wana... pakat melopong bila tengok

      Delete
  2. bestnya..bleh tgk sotong hidup lg..kat malaysia ni mana la nk tgk tu semua..g mkn tepi laut pun dpt tgk sotong yg dh keras kejung hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he he... betul tu Yana. Lain feelingnya bila tengok sotong hidup ni. Macam tak sanggup je nak makan..

      Delete
  3. cheksu,
    betullah, sy kan lau g mne2 suka amik2 gamba,dorang slalu perli..asik amik gambar je..jumpe tu amik, jupe ni amik..sy ckap bialah..ni kira hobi lah ni...huhu
    dorang ekceli taktau pon sy ada belog...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu CV... orang tak tahu ambil gambar ni satu kepuasan peribadi, tambah2 kalau benda yang jarang2 boleh jumpa

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]