PAGES

Friday, January 2, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Pulau Nami #4

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selamat sampai di CH semalam. Perjalanan dengan sedikit kesukaran, melalui jalan yang banyak rosak dan berlubang, serta jalan Gua Musang Lojing yang dilalui sebelah sahaja di laluan yang terputus. Melihat kesan bencana banjir sepanjang Machang - Kuala Krai - Manik Urai - Gua Musang, hati memang luluh sangat, memang menangis dalam kereta. Semoga mangsa2 ini tabah menghadapi segala dugaan dan dilindungi Allah sentiasa.

Jadi saya sambung n3 tertangguh 2014. Destinasi pertama The Frozen Trip adalah ke Pulau Nami. Harus diingat ya yang saya ni guna pakej, jadi ikut sajalah itinerary yang disediakan. Jadi kalau nak kongsi maklumat atau cara nak gi sana tu minta maaf la di luar kemampuan saya. Pastu untuk trip kali ni jugak saya tak bawa teropong saya, jadi hanya gambar nan hado saja la saya kongsi, yang hanya menggunakan telefon serta kamera compact biasa. *Noted ya agak tak puas hati di situ.

Kata Andy, dari airport ke Pulau Nami ambil masa dalam 2 jam. Dia pun tak cakap banyak lagi sebab faham kami semua masih penat. Saya pun ambil kesempatan paksa diri lelapkan mata. Dalam kesejukan tu akhirnya dapat la tidur sepicing dua. 


Sampai di sana, terus saja masuk dan naik feri. Subhanallah memang sangat sejuk dengan angin bertiup. Jadi trip kali ni memang banyak la gambar dengan muka berbungkus. Tak tahan sejuk rupanya!




Pengunjung toksah cerita lah. Pulau buatan untuk penggambaran drama WINTER SONATA satu ketika dulu menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi jika ke Seoul. Tak kira musim diorang ni kan, kat mana2 pun penuh dengan manusia. Nak jejak kaki pun payah, nak bergambar dengan orang tak ada memang payah sikit la. Dekat sini saya banyak gambar syok sendiri aje, guna monopod dan snap suka hati. Memang menyesal tak bawa kamera tapi takpe, kata nak repeat kan. Layan ajelah gambar sekeping dua ni...


Panorama Pulau Nami waktu musim sejuk / winter memang tak berapa nak lawa sebab semua pokok togel aje, paling tidak kaler kecoklatan sebab dedaun semua dah kering. Tapi tak apalah lawa ke tak lawa, yang penting dah sampai dan dapat pula berfeeling ala2 Winter Sonata walaupun seorang diri. Nanti ada rezeki kita kongsi pulak panorama di sini dengan warna dedaun merah kuning tu...
 

Nampak sangat kan... betapa tidak bermayanya kawasan ni dengan batang pokok aje yang tinggal. Ada unsur2 jeles bila mengenangkan kengkawan yang gi sana masa autum baru2 ni.


Cakkkk... heroin tanpa hero di sisi!

saya cukup tak suka nak bergambar dengan pakaian 2 3 lapis ni, menambahkan gemuk pada saya yang sedia gemuk ni. Tapi kalau tak bergambar tak ada bukti pulak nanti... Agaknya scene cenggini memang wajib di Pulau Nami kan...


Pusing2... tapi tak tahu nak ambil gambar apa. Yang sebenarnya kepala belum set lagi. Kalau kata keluar flight rehat2 dulu sat baru jalan2 baru ok sikit. Bila buat benda tergesa2 ni mula la emosi pun mudah nak sentap. Jadi taknak layan perasaan tu sangat, saya buat2 rilek aje. Dekat Nami ni saya berjalan2 kosong... jiwa tak ada, belum sampai 100% lagi.


Jumpa tasik separuh beku, sambil terpegun sekejap sebab ikan di dalamnya masih boleh berenang2 ke tepian. He he he... kalau saya la dah kejung agaknya.

Dalam 2 jam pusing2 di sini, kami gerak untuk ke destinasi kedua pula. Memang tak puas hati la nak cerita lelebih kan... dengan keadaan nak sesuaikan dengan cuaca sejuk ekstrem bagi badan yang sokmo kena matahari ni... memang amik masa sikit. Senang cerita lagi... memang tak puas hati dok kat sini. kalau boleh nak lama lagi... nak matahari... nak pemandangan yang cantik... haishhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Bila masuk feri je, terus carik heater sebab memang dah hampir beku!! Ke destinasi kedua pula...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

13 comments:

  1. saya puas bergambar kat sini...tempat yang indah..

    ReplyDelete
  2. cantiknya pulau nami tu kan cheq sue..agaknya ikan tu memang dah biasa hidup dalam air yang hampir frozen..kalau wana agaknya dah lama beku sebab x tahan sejuk tapi nak juga jalan ke sana..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik wana walaupun tanpa daun... *-*

      itu la saya terkagum sekejap tengok ikan tu, memang tahan betul dia dalam air sejuk beku

      Delete
  3. Musim autum yg cantik tu Cheq Sue... masa ni salji tak turun lagi ke cheq shue ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Kak Yati. Musim autumn memang cantik. Nampak gaya memang kena pi pulak la tu... he he he

      Delete
  4. mmg frozen arghh....pokok2 pun dah togel..time JM g autumn pun sejuk inikan pulak winter...grrrrr...boleh terasa sejuknya tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM... memang tak menahan trip musim sejuk ni... jeles sesangat tengok trip autumn JM tu -_-

      Delete
  5. cantiknyaa..bilalah daku dpt pegi sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Yana... In Sha Allah kalau ada rezeki Yana pun boleh jejak Korea

      Delete
  6. posing2 sambil tggu pakwe korea datang ek? hehe
    bila lah nak pg sini....huhu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]