PAGES

Tuesday, January 27, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Seoul - KL - Machang #16

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari kelima... hari terakhir di bumi Seoul. Hati tak sabar nak balik, tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab masih ada banyak tempat yang tak dapat jejak. Tak apa, In Sha Allah ada rezeki boleh datang lagi. Pagi tu kami ke tempat jual permata, kemudian ke pusat kesihatan hati dan seterusnya ke Asian Grocery. Tapi tempat2 ni saya tak buat n3 la sebab tak ada yang menarik pun, sekadar melengkapkan iti aje.


Pada hari ni (12.12.14) diramalkan salji akan  turun. Dan masa dekat Asian Grocery tu memang salji turun. Alhamdulillah rezeki sekali lagi. Dari sana ke airport memang jamu mata la kami2 semua. Tengok sajalah dalam gambar di atas tum salji menempek di tingkap kapal terbang. Sebelum berlepas, terlebih dulu pesawat disembur dengan anti beku, dalam 20 minit jugaklah.




Dah setel semua, dalam pukul 4 petang lebih, pesawat akhirnya meninggalkan Seoul. Penerbangan yang clear dan pendaratan yang smooth. Tak macam waktu datang, kali ni lebih selesa dan dapat melelapkan mata.


Dalam pesawat, perut kebulur sebab hanya makan waktu sarapan di Itaewon. Nasib baik masih sempat order apa ke benda namanya ni... nasi lemak dah habis as usual. Nak perabihkan benda ni kemain seksa, bukan tak sedap cuma semua bahagian isi, tak ada cabaran langsung....

Dalam pukul 11 malam, selamat menjejak tanah air tercinta... yang dirindu. Agak kelakar bila juruterbang mengumumkan suhu permukaan iaitu 28'C, kedengaran suara2 nakal yang mengeluh...membandingkannya dengan suhu negatif di Seoul. Selesai semua itu ini, sampai di Ampang dalam pukul 2 pagi. Bersihkan diri dan tidur, esoknya ke TBS semula untuk balik ke kampung. Rasa macam patah sebelah kaki, tapi itulah pengajaran. 

Bila dah balik ni, tiba2 saja rasa rindu dekat salji yang menimpa ke wajah. Lepas ni hanya mampu bermimpi la jawabnya...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. subhanallah..memang nampak indah tengok salji yang melekat di dinding kapal tu..bila la wana nak rasa pengalaman macam tu ek? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Wana boleh plan honeymoon kat sini. In Sha Allah

      Delete
  2. kenapa chwq sue, byk tempat x dapat terjah tu kerana kekangan masa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la JM bila ikut agent... memang tak puas la

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]