PAGES

Sunday, January 25, 2015

Seoul, Korea 2014 :: The Frozen Trip : Seoul Central Mosque (Masjid Seoul) #14

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masjid Seoul yang terletak di atas bukit sekitar Itaewon ni merupakan destinasi yang wajib dikunjungi. Biasanya kalau ke luar negara, memang agak susah nak dengar azan, ataupun menunaikan sembahyang di masjid, kecuali di negara yang penduduk muslimnya agak ramai.

Begitu juga jika ke Korea, memang tak banyak masjid yang ada, dan pengalaman mendengar azan ketika berada di sini sangatlah menakjubkan. Ketika singgah untuk sembahyang jamak, sedang elok azan Asar berkumandang, memang merdu sekali alunannya. Rupa2nya azan dari Muslim Senegal. Pada ketika itu kebetulan juga ada majlis pernikahan rakan senegara mereka.


Oleh kerana lokasi di atas bukit, memang nak kena menapak sikit la. Agak2 sampai semput jugak baru sampai.


Selain daripada menjadi tempat sembahyang, saya rasa di sini juga menjadi tempat perjumpaan komuniti Islam yang ada di sekitarnya. Ada juga sekolah dan dewan.


Cuaca masih sejuk walaupun agak panas. Masa nak ambil air sembahyang, rasa separuh beku walaupun gunakan air suam. Hu hu hu...


Pandangan dari depan masjid. Penuh dengan hutan batu. Kawasan apa ni, jangan tanya sebab saya pun tak tahu....


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. assalmualaikum cheqsu, memang kalau ke luar negara mendengar perasaan kita terharu sngt kan, sebab jarang jarang!!! lagi jauh menapak lagi banyak pahala cheqsu kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Noor... lama2 tak dengar azan boleh menangis dibuatnya

      Delete
  2. memang penuh dengan hutan batu..pengalaman yang sangat indah tu kan cheq sue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman dapat tengok tempat orang Wana... rezeki

      Delete
  3. alhamdulillah... seoul pon ada masjid yg besar ye. tak sangka pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa2nya ini satu2nya masjid yang ada di seoul Tun...

      Delete
  4. kalau ke Seoul mesti singgah sini :-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]