PAGES

Wednesday, February 11, 2015

Jus Epal Asam Prun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minum jus ni sesuai sangatkan masa cuaca panas. Walaupun di CH agak kedinginan awal tahun ni tapi tapi sedap jugak minum jus, cuma tak masukkan ais batu. Saya pulak kebetulan ada sebiji epal hijau, terus je terfikir nak buat jus sebab masam sangat kalau nak makan begitu aje. Godek2 kat dapur ada asam prun, boleh la masukkan sekali.


Biasanya kalau saya buat jus guna buah, memang saya tak tapis, sebab fibernya tu baik untuk kesihatan perut. Walaupun rasa macam berhampas sesikit, kita layankan aje...



JUS EPAL ASAM PRUN
Resepi : Cheq Sue

Epal hijau - 1 biji (buang kulit, biji, hiris dan bekukan)
Asam prun (tanpa biji ) - 5 biji
1/2 sb gula
Air masak secukupnya

Cara membuatnya :
Campur semua bahan dan blend hingga halus

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

8 comments:

  1. msti sedap jd nyer bile dh tambah prun tuh kan...

    kak, nnti boleh tak bg alamat n no tepon kt email dana nih
    norhidanah@jupem.gov.my atau
    tulip_putihdana@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dh email tu Dana... aiiiii nak pos apa la gamaknya tu

      Delete
  2. sedapnya cheq sue..yana suka sgt jus epal hijau..nnt nk try gak ltk prun..biasa bt tambah asam boi jee.. ^_^

    ReplyDelete
  3. mesti rasa segar kan bila dapat rasa jus campuran epal dan prun ni..

    ReplyDelete
  4. cheq sue..hadiah ga tu memang tak sampai la kat wana..tak tau kenapa tak sampai lagi..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]