PAGES

Wednesday, March 18, 2015

Apple Crumble Muffin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali buat muffin yang berkelas tinggi...memang superb. Kalau selalu kita buat muffin yang biasa2 tu aje kan, kali ni buat muffin crumble pulak. Kejadiannya memang sedap dan kena pula dengan selera. Saya ni kalau kirakan memang tak suka sangat makan epal, tapi beli jugak kekadang. Bila tak habis makan gitu aje biasanya saya buat jus ataupun fikir something yang lain.

ACM ni memang dulu saya dah ada nampak kat satu blog ni tapi tak ingat blog siapa, bila Google terjumpa di blog DTS, maka haruslah saya cuba.





Cara nak menyediakannya pun agak senang, lebih kurang macam nak buat apple crumble pie cuma ada la sikit step yang tak sama.

Saya buat satu adunan ni dapat dalam 12 biji muffin saiz M, masa tu taruk banyak2 rupa2nya muffin ni kembang semangkuk bila dah dibakar. Mungkin next time kena masukkan separuh je dalam cup bari jadinya cantik. Dan percayalah, ACM ni memang sedap. Rugi kalau tak cuba tau...

APPLE CRUMBLE MUFFIN
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
75 g mentega cair
1 biji telur
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cwn susu sejat + 1/4 cwn air)
2 biji epal hijau, buang kulit, buang empulur dan dadu sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum*
60 g mentega, dadu kecik2 dan sejukkan*
1/4 camca teh garam halus*
1/4 cawan gula pasir kasar*(*bahan untuk crumble)

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jadi sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
Dalam satu bekas, gaul rata tepung berserbuk penaik, baking powder dan gula halus. Ketepikan. Dalam bekas lain, satu kan mentega, telur, susu dan esen vanilla, kacau rata dengan whisk.
Kemudian, masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Masukkan epal dan gaul sekali lagi hingga rata. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit. Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Boleh dihidangkan untuk minum petang.....Selamat mencuba untuk semuaa!!!!

CATATAN MAT GEBU :- Mentega cair tu nak ganti dengan minyak jagung pun boleh, tapi rasa dia memang berbeza. Bilangan muffin yang anda dapat juga berbeza mengikut saiz muffin cup memasing, kalau guna saiz king kong, maka dapat tak banyak, kalau guna saiz comey lotee, sah2 lah muai jadinya yeoopppp!!!!....

 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]