PAGES

Sunday, March 1, 2015

Rexonic Induction Cooker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya dah lama dok plan nak beli induction cooker ni. Selalu bila ke TESCO memang  jamu mata la dekat bahagian ni. Bila tengok ke regenya mmmm mampu telan air liur saja sebab kebanyakan adalah antara RM100-RM150.

Baru2 ni ternampak ada di GROUPON... harga macam diluar rate sebab lebih RM5 dari RM100. Pandang2 jeling2  dulu. Nak beli sangat tapi macam tak perlu. Dok memendam perasaan ajelah. Sampai saya kata kat diri sendiri tak payah la dulu... nanti tengok kemudian.


Sampailah masa saya ke mesyuarat, tengok ada kupon diskaun... tak ingat berapa persen tapi harga baru adalah RM95. Terus pejam sebelah mata dan beli IC ni. Hal guna ke tak guna tu kita fikir kemudian. Mana tahu nanti habis gas kat rumah boleh la rasmi. Hi hi hi...






Ambil gambar  through GROUPON aje, malas nak bukak kotak. Tengok dekat pamplet ada 4 kaedah memasak guna IC ni. Belum faham mana lagi sebenarnya. Nantilah ada masa saya  skodeng pulak.

 

Didatangkan sekali bersama IC ni adalah pot bertutup yang memang digunakan khas untuk dapur IC. Sebenarnya bila baca kat pamplet tu baru tahu yang dapur ni takleh guna periuk atau perkakas masak sembarangan, mesti tapaknya dari aluminium baru boleh fungsi. Mujur gak ada sebijik dua koli dengan periuk jenis tu...

Bila barang ni sampai ada pulak yang turut berkenan. Tapi ada jugak yang kata penggunaan elektrik tinggi kalau guna dapur gini. Errrr betul ke? Any comment?


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]