PAGES

Thursday, March 12, 2015

Tumis Pedas Kulat Sisir (Cendawan Kukur)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Waktu nak balik ke CH dari cuti sekolah tahun lepas, nampak ada kulat sisir yang dah kering atas meja makan di rumah. Cepat2 mintak dengan mek. Kalau yang kering nampak je sikit, tapi lepas jugak la dua kali makan. Kalau musim kulat sisir memang akan ada yang dikeringkan sebab tak habis makan sekaligus. Dan jika bernasib baik sayalah yang akan angkut menghabiskannya.



Bila dah bawak ke CH melepak pulak kulat tu kat meja rumah saya. Hinggalah satu hari dok melilau cari benda nak masak, ternampak plastik kulat sisir tu. Apa lagi... terus sajalah saya rendam dengan air. Sekejap saja dah kembang dan boleh terus dimasak.



Saya cuba Google resepi di internet. Kalau sebelum ni faveret adalah masak lemak putih ataupun tumis pedas dengan keledek, kadang2 campur dalam telur goreng, kali ni saja nak cuba pelbagaikan. Jumpa di Dapur Tanpa Sempadan, iaitu resepi tumis pedas, nampak cam sedap. Jadi saya cubalah, memang rasa sedap dan memang laju je makan dengan nasi panas2.  Korang kalau ada kulat sisir ni jangan lupa cuba jugak tau. Kompom terbaekkk....


TUMIS PEDAS CENDAWAN KUKUR @ KULAT SISIR
Resepi : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan cendawan terkukur @ kulat sisir yang kering, direndam hingga kembang
15 - 20 biji cili padi hijau, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam ikan bilis kembong, dibersihkan dan direndam
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Secubit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Cendawan dicuci kemudian perah hingga kering. Tumbuk sedikit tapi jangan sampai hancur, hanya dimemar2kan sahaja (atau tumbuk2 manja....errrr....tau tumbuk2 manja tu macam mana?..tumbuk selow2 leerrr....grrrrrr)...Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hijau yang dihiris hingga harum dan bawang layu. Masukkan ikan bilis kembong (toskan airnya), kacau dan tambah bancuhan belacan. Kacau rata dan masak sekejap. 
Masukkan cendawan terkukur dan gaul rata. Tuang sedikit air dan masak hingga cendawan da ikan bilis kembong lembut. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan ikan goreng.....boleh pengsannn!!!...

CATATAN MAT GEBU :- Cili padi anda boleh ganti dengan cili hijau biasa atau boleh gabungkan cilu padi dengan cili hijau. Banyak mana cili yang anda guna bergantung pada tahap kepedasan, boleh dikurang atau dilebihkan. Kalau masukkan sebatang serai dalam masakan ini pun boleh, ketuk2 sedikit dan masukkan masa anda menumis bawang tadi.... Selamat mencuba..



"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. menarik ni..wana tak penah makan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tau Wana... nanti kalau ada boleh cheq sue poskan..

      Delete
  2. Lama tak makan cendewan kukur ni cheq shue... eemmmm nampak sedap jugak tumis pedas ni ye :)

    ReplyDelete
  3. perkkkkh ni feveret nih kak... tp skrg dh ssh nk jumpa... bt msk lemak cili api pun ternagkat nih kak... sodap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Dana... sekarang ni memang payah nak jumpa kulat sisir tu, maklumlah pokok getah pun dah tak berapa nak ada

      Delete
  4. tun xpernah mkn pulak kulat sisir nih.. nk gugel dulu rupa kering sblm masak mcm mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamakkkk... ruginya Tun tak pernah makan... mungkin dekat Terengganu payah nak jumpa kot

      Delete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]