PAGES

Wednesday, April 22, 2015

OKURMA Overlock Machine OKM620-F

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gajet terbaharu koleksi jahit menjahit yang saya beli sebelum GST aritu. Kiranya ini pelengkap kepada mesin jahit separa antik SINGER yang saya miliki sejak 2005... kiranya lengkaplah sepasang hitam dan putih, gayanya dah macam satu keluarga pulak kekdahnya...


Yang sebenarnya tak plan pun nak beli mesin jahit tepi ni dalam masa terdekat, tapi mengenangkan GST yang dok kecoh ribut ketika itu, maka saya leburkan bajet untuk beli mesin basuh dengan beli benda ni terlebih dahulu. My Mek pun tak kata apa, hanya mengiyakan bila saya kata nak beli mesin zig zag, mungkin sebab dia nampak saya asyik dok jahit kan...





Saya beli mesin ni di KB. Setelah survey brand inilah yang paling murah jika dibandingkan dengan JUKI, SINGER atau BROTHER. Harganya? Hanya 1k (sambil telan air liur dan terbatuk batuk uhuk uhuk uhukkkk). Kata uncle yang jual tu lepas GST dah tak dapat harga 1k sebab kadar matawang ringgit yang semakin jatuh... pulak dah...

Saya beli mesin cenggini kerana selain dari jahit tepi biasa, ianya juga boleh jahit tepi halus untuk tudung tu. Hanya tukar sedikit setting dah boleh guna...


Bila dah ada tu haruslah guna, terus test jahit tepi baju adinda di kampung. Sebenarnya bila ada jahit tepi ni memang mudah  la urusan jahit menjahit ni. Kalau kata nak zig zag on the spot tak ada masalah. Kadang2 bahagian bawah baju tak di zig zag awal bila dah siap cantum baru potong da zig zag. Memang mudah sesangat la. Cuma mesin jenis portable gini memang tak boleh nak lasak, kena guna berkadar2 ajelah, kot2 cepat rosak lak nanti...

Apapun ini satu pelaburan yang sangatlah menguntungkan...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

  1. assalamualaikum..saya maisarah..saya skrg tgh guna mesin jahit tepi okurma OKM 960-FR..yg color ijau tu...boleh tak tnjuk cara setting jahit tepi halus? saya takde buku manual,,beli 2nd hand je...hehe

    ReplyDelete
  2. Kt mana kedai spare part jenama okurma ni di area KL,bole bg info x?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]