PAGES

Thursday, May 28, 2015

Spaghetti Rebus (Perencah Mee Rebus Demuara)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pernah guna perencah segera? Apa-apa pun tak kisahlah. Saya ni memang sentiasa ada je stok dalam peti, bukan apa untuk makan sorang sikit2 baik guna segera aje. Sikit ke banyak mana nak guna, kalau ada lebih2 senang nak simpan dlm freeze.


Tuesday, May 26, 2015

Entry Ke Lima Bulan Lima

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa khabar semua kengkawan... ada yang rindu rindu dendam ngan kita tak....  Mula la nak perasan sendiri padahal xde pun yang nak kisah kita ade ke idok.... Walau apapun saya memang rindu dendam dengan korang semua, memang dah lama sangat tak open blog, sebab lately ni memang sibuk otak. Siri2 mesyuarat pun memang banyak, pastu projek jahit menjahit pun banyak... dengan nak buat persiapan kahwinnya... Ehhhh bukan saya yang nak kahwin, adik dulu yang sampai jodohnya. In Sha Allah kami sekeluarga nanti akan menerima ahli baru awal cuti sekolah... saya akan menerima adik ipar perempuan ya!


Jadi memula sekali kita mekap la rumah dulu... kasi cat lain sikit baru ada semangat nak menulis. Kelakar bila ingat2 balik, nak dapat 2 perenggan kat n3 ni pun hampir sejam... adehhh bercinta sungguh weh nak mencurahkan idea. Apapun saya harap lepas ni jangan merudum pulak mood nak menulis tu. Doa-doakan lah ya...

 Sampai jumpa lagi lah ya... xleh nak speed laju2...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, May 14, 2015

DIY : Pantiliner / Cloth Pad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dapat idea nak buat ni selepas join group GENG JAHIT di FB. Sebelum ni tak terfikir pun nak buat sendiri. Orang perempuan yang guna benda ni memang WAJIB buat sendiri tau sebab kita dapat jimat banyak, tambah2 pantiliner tu memang digunakan sehari-hari. Macam saya ni haaa, kalau ke MAIDIN atau TESCO memang berkotak2 saya borong. Bila dah dapat idea nak buat sendiri tu, saya mula Google tuto dan cari bahan2. Ni saya kongsikan step by step nak buat pantiliner dan jugak cloth pad.


Di dalam gambar ni ada cloth pad (tebal), cloth pad (nipis) dan pantiliner.



Wednesday, May 6, 2015

Puteri Erra Roti John, Melaka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Silap pulak tak snap gambo muka depan gerai ni.... Saya singgah ke gerai ni semasa berkursus di Melaka. Letaknya betul2di depan Hotel Sentral (Jalan Tun Sri Lanang). Bila semua dok promo kata roti john di sini sedap, maka haruslah di cuba. Tambah pulak boleh nampak kedai ni beroperasi dari bilik penginapan. Pastu kata kengkawan lagi kat dalam kedai ni dihias dengan gambar2 dan artikel zaman dulu2...

Masa saya sampai ni dah hampir nak tutup, maklumlah dekat 10.30 malam baru habis meeting kan... Kosi meja pun diorang dah nak kemas.



Tuesday, May 5, 2015

Jerit Perit Merebus Belimbing Buluh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya tersangatlah suka dengan sambal hitam Pahang yang dibuat menggunakan belimbing buluh dan ikan bilis. Kebetulan pula di rumah makcik ada sebatang pokok belimbing buluh yang sentiasa berbuah lebat.  Sesekali balik kampung, kalau ada buah memang sayalah tukang mengutipnya. Sayang sangat kalau dibiarkan luruh dan membazir begitu aja. Kalau sesiapa yang pernah merebus belimbing buluh ni memang akan tahu betapa 'ahzabnya' sebelum ia kering. Tapi sebelum tu sukacita saya nyatakan yang cara2 merebus ni hanya berdasarkan pengalaman cetek saya, mungkin berlainan dari cara merebus yang ori dari Pahang.

Inilah belimbing buluh yang saya kutip, memang banyak sangat sampai kena rebus dua kali. Mungkin yang ni jenis lain sikit sebab warnanya agak kuning pucat. Ianya dibersihkan terlebih dan ditoskan airnya.


Monday, May 4, 2015

Kaya Ball

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek kaya ball ni pun dah agak lama terperuk di dalam draf. Momentum berblog agak merudum dek kesibukan... Cuba jugaklah nak up n3 sesekali... jngan marah yaaaa....

Tengok kan haritu saya kongsi gajet tokoyaki pan ni. Jadik nak test tu saya Google la kaya ball, sebab kalau nak buat tokoyaki bahan2nya tak cukup, nanti tak umphhh... Jadi try kaya ball dulu la walaupun saya minat tak minat aje. Sebenarnya kalau Google memang ada banyak resepi kaya ball, pilih ajelah mana yang sesuai dan rasa agak mudah. Yang paling penting cukup alat nak buat, dan tentunya mesti ada pan bulat2 tu la, kalau tak takleh panggil kaya ball.... he he he