PAGES

Monday, May 4, 2015

Kaya Ball

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek kaya ball ni pun dah agak lama terperuk di dalam draf. Momentum berblog agak merudum dek kesibukan... Cuba jugaklah nak up n3 sesekali... jngan marah yaaaa....

Tengok kan haritu saya kongsi gajet tokoyaki pan ni. Jadik nak test tu saya Google la kaya ball, sebab kalau nak buat tokoyaki bahan2nya tak cukup, nanti tak umphhh... Jadi try kaya ball dulu la walaupun saya minat tak minat aje. Sebenarnya kalau Google memang ada banyak resepi kaya ball, pilih ajelah mana yang sesuai dan rasa agak mudah. Yang paling penting cukup alat nak buat, dan tentunya mesti ada pan bulat2 tu la, kalau tak takleh panggil kaya ball.... he he he





Pan ni saya tenggekkan aje di atas dapur gas portable. Alhamdulillah fit elok dan tak menggelongsor atau licin.


Adunan yang saya dah bancuh tu saya rehatkan dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam pan. Dah agak2 5 minit gitu saya masukkan sedikit kaya. 


Bila dah agak masak saya terbalikkan ke bahagian sebelah lagi untuk menjadikannya bulat. Sebenarnya tak la bulat sangat sebab tak ada adunan di bahagian bawah. Lepas ni kalau nak buat kena tuang jugak untuk sebelah dalamnya sebelum dibalikkan.


Satu adunan tu dapat banyak la jugak, memang puas hati makan. Rupa memang hancus tapi rasa tu ada. Sekali pandang macam tak siap pulak. Memang takleh jual kalau rope ini ye dak...

Next time kalau buat In Sha Allah better la kot. Kalau ada bahan2 untuk tokoyaki nak jugak saya cuba...

Kaya Balls/Coconut Jam Balls
Recipe : Sis Gert

Ingredients:
150 gram cake flour
30 gram cornstarch
1 tbsp custard powder
70 gram sugar
1 tsp baking powder
¼ tsp salt
2 eggs
180 ml milk
1 tsp vanilla
2 tbsp oil
5 tbsp kaya/coconut jam
Some oil for greasing

Combined flour, cornstarch, custard powder, salt and baking powder. Mix well and set it aside.
Whisk eggs and sugar until well corporate, add in the milk and stir well. Stir in the flour mixture until you get a smooth batter. Add in the vanilla and oil. Set the batter aside to rest for half an hour.
Pour the batter into measuring cup for easy pouring. Turn on the Takoyaki pan; brush it lightly with some oil. Pour some batter into each holes about ¾ full, add a little dollop of kaya in the middle of the batter.
Once bubbles appear on top of the balls and the bottoms are lightly brown, use a wooden skewer and flip the balls over to cook the other side.
Once it is brown, remove the balls and transfer it to serving plate. Repeat the same to the rest of the batter.
 

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]