PAGES

Wednesday, April 29, 2015

Ayam Bakar Suka Suki

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ayam bakar ni saya godek2 suka hati saja, sebabtetiba je rasa nak makan. Beli ayam sebelah, dan separuh bahagian dada tu saya perap serta bakar. Malamnya saya makan sikit dan esoknya bawa bekal ke sekolah. Yang sebenarnya dah agak lama tak masak ayam saiz camni, rasa macam pelik pulak.


Kejadian keesokannya. Bawa ke sekolah sekali dengan pisau apa tu sumer. Sos guna Thai dip dengan mayonis. Tapi biasalah makan benda sejuk ni tak berapa nak masyuk sangat, sebab gigi pun terkejut. Tapi rasanya agak boleh tahan...





AYAM BAKAR SUKA SUKI
Resepi : Cheq Sue

Bahagian paha ayam bersama kulit - bersihkan dan kelar
Ubi kentang belah 6

Bahan perap :
Lada hitam (tumbuk kasar), serbuk lada sulah. sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan, mayonis,

Cara membuatnya :
Perap ayam dengan semua bahan-bahan, dalam 2-3 jam kalau dapat lagi lama lagi bagus
Kemudian bakar di dalam oven pada suhu 200'C (bergantung oven memasing) hingga masak. Jangan lupa balik-balikkan supaya semuanya masak sekata.


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]