PAGES

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 2015

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi olehNya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun 2015. Sudah hari ke 5... bagaimana rasanya?





Ternyata puasa kali ii tidak seperti tahun2 sebelumnya. Rasanya bab berbuka, bersahur agak tak berapa nak bersemangat. Kalau berbuka tu saya masak sesimple yang boleh dan jika ada lebih bawa semula semasa sahur. Masak untuk makan seorang, macam mana nak bajet ya? Nak masak sikit jadi banyak pada akhirnya. Apapun saya bersyukur kerana masih ada rezeki untuk dijamah berbanding dengan orang lain yang mungkin tiada apa2 untuk dimakan.

Bila bersahur, tahu2 sajalah. Makan bersendirian memang tak lalu. Tambah2 dalam suasana sejuk dingin di sini memang bercinta nak habiskan sepinggan makanan. Kalau dok kampung boleh gak gagah2 makan dengan famili.

Tahun ni jugak menyaksikan saya hanya berterawih di rumah... maklumlah dengan kesakitan pada lutut dan pinggang ni, rasanya lebih baik buat dirumah supaya dapat mengawal pergerakan tempat2 yang sakit tu. Lagi pula sekarang memang malas nak keluar rumah... Dekat surau sekolah yang selalu dibuat terawih pun tak ada tahun ni, jadi kenalah gagahkan diri buat sendiri. Tak kisahlah buat di mana-mana pun kan... yang penting BUAT...

Apa2 pun... selamat berpuasa buat semua. Jangan ponteng tau....


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. selamat berpuasa kak.... huhuhu... yelah berpuasa sorng2 time nk sahur mmg bercinta....
    teringat masa pas kawin ddk jauh ngn edy rasa lah berbuka n bersahur sorang2.... mmg kene gagahkan jgk sbb takmo lpr esoknyer

    jaga diri n kesihatan ye kak

    ReplyDelete
  2. as salam, baru first time singgah sini..:) salam perkenalan n selamat meraikan ramadhan:)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan & salam perkenalan :)
    alhamdulillah.. so far semuanya ok. kesihatan pun ok :)
    *sy singgah ms gugel pasl rice kuker kecik tu

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]