PAGES

Monday, July 6, 2015

Kek Batik Cheese Krim Kraker

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya memang sukakan cheesecake dengan biskut krim craker gini. Lebih kurang dengan cheesekut juga cuma yang ini versi malas, yang dilambakkan sekaligus dalam bekas. Kali ni saya gunaka biskut krim kraker jenama LEE yang saya rasa memang sangat sedap jika dibandingkan dengan biskut cap ping pong yang selalu saya guna. Siapa yang pernah makan biskut ni tahu la ya... rasanya memang agak lite dan lebih berlemak gitu.


Rupa paras biskut yang saya guna. Tak sampai habis cuma separuh saja untuk seketui cream cheese.





Nak buat ni lebih kurang sama resepinya dengan cheesekut tapi lebih cair. Saya main agak2 je taruk semua bahan dan blend.


Masukkan aje biskut yang telah dipatah2kan dan kaca rata2. Kejap aje biskut ni lembut walaupun tak direndam dalam susu.


Bila dah rata tu masukkan aje ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan dalam peti. Makan ni walau takleh nak potong boleh guna sudu. Bagi penggemar cheese, memang kebaboom la.

Kalau ada yang teringin nak buat boleh riki2 resepi cheesekut ya... pastu pendai2 la ejas sendiri...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]