PAGES

Friday, August 14, 2015

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kuih cara manis ni antara  kuih yang saya suka. Memang kalau ada je kuih ni mesti saya makan. Tetapi saya amat jarang sekali membuat kuih ni. Rasanya pernah cuba dulu tapi tak menjadi. Kalau tak hangit di bawah, mesti tak masak. Tapi semangat nak mencuba memang sentiasa ada.


Kebetulan baru2 ni tak ada buat apa, saya sesaje surf tenet, Google pasal kuih ni. Memang banyak la tips2 yang dikongsi untuk menjayakan kuih ni. Cewahhhh...



Saya hanya gunakan resepi yang ada dalam simpanan saya saja, tak pasti pula resepi tu kepunyaan siapa. Minta halal ya...




KUIH CARA MANIS
Sumber : Buku Resepi Lama

Bahan-bahan :
3 helai daun pandan
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
200 ml santan pekat - saya guna santan kotak
1 telur
Secubit garam

Cara membuatnya :
Kisar halus daun pandan dan air, kemudian tapis
Campurkan dengan semua bahan yang lain dan kisar hingga sebati
Adunan ini tidak terlalu pekat atau terlalu cair
Panaskan acuan di atas dapur gas dengan api yang kecil
Lenserkan sedikit minyak dan tuang adunan hingga penuh. Biarkan seketika sebelum dimasukkan gula
Tutup acuan dan tunggu hingga masak

Untuk mendapatkan kuih yang cantik, pastikan minyak dilenser setiap kali hendak memasukkan adunan yang baharu.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

1 comment:

  1. sdp bt sapan or minum ptg nih kak.... dana tak pnh sekali pun buat hehehhe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]